Rabu, 19 Oktober 2011

Mahathir lebih kurang ajar!, bukan Aziz Bari

Sejarah telah membuktikan bahawa orang-orang Umno pernah menyanggah kuasa dan kedudukan Sultan atau Raja-raja Melayu.  Orang-orang Melayu khasnya pemimpin-pemimpin Umno sendiri  pernah mempertikai imuniti dan kuasa raja-raja Melayu.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir pernah merentap kuasa raja-raja di era pemerintahannya. Malah pada suatu ketika segelintir rakyat Terengganu pernah menganggap rajanya sebagai binatang !! apabila menulis perkataan “nate” pada kain rentang – dalam isu ketidaksetujuan mereka sultan melantik Menteri Besar yang baru.

Tetapi hari ini apabila  seorang Profesor yang bernama Dr Abdul Aziz Bari memberi kenyataan  ikhlasnya berhubung dengan kuasa raja-raja, pemimpin Umno secepat kilat menuduh dan mengecop beliau  sebagai penderhaka. Ada yang mendesak beliau agar meminta maaf kepada Sultan Selangor. Begitulah  lucunya gelagat pengikut dan penyokong-penyokong  Umno termasuk Tun Mahathir.

Bekas Perdana Menteri,  dalam satu kenyataannya  beliau menyifatkan kenyataan Profesor Dr Abdul Aziz Bari berhubung titah Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama baru-baru ini “sebagai kurang ajar.” Walhal beliau sendiri pernah membuat kenyataan sepuluh kali lebih kurang ajar daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Aziz Bari !.

Kalau yang bercakap itu seorang penoreh getah atau si peminta sedekah atau insan yang tidak siuman,  kita faham lah kalau ada siapa-siapa nak komen balas,  tetapi Profesor Aziz Bari adalah seorang ilmuan !. dan beliau bercakap dalam bidang keilmuannya – iaitu bab perlembagaan. Justeru kalau orang Umno  tak faham bab perlembagaan, lebih-lebih lagi perlembagaan yang mereka sendiri buat, lebih baik diam !! Jangan jadi langau yang begitu kemaruk dengan bangkai !

Menurut Mahathir lagi , kenyataan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu bertentangan dengan moral masyarakat timur dan boleh disifatkan sebagai kurang ajar dalam budaya Melayu. Balik-balik moral. Berhentilah bercakap soal moral ! Orang-orang Umno tak layak bercakap soal moral, lebih-lebih lagi Mahathir.

Peringatan untuk Mahathir  :  Melayu tidak pernah lupa,  tetapi Mahathir yang mudah lupa.Mengata dulang paku serpih,  menyata orang aku yang lebihhh,...

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan