Benarkah begitu ? Menurut sumber yang boleh dipercayai Dato’ Seri Shahrizat Jalil rupa-rupanya pernah mendapat satu projek anugerah kerajaan pusat yang bernilai RM250 juta !
Difahamkan juga projek berupa ternakan lembu Feedlot yang menelan belanja yang sangat besar itu tidak mencapai sasaran atau matlamatnya. Rakyat sangat-sangat nak tahu apa penjelasan kerajaan?
Agaknya tentu ramai lagi menteri-menteri Umno dan kaum kerabat mereka yang mendapat rezeki rimau sebegini. Patut lah menteri wanita yang alahan dengan tudung ini sayang sangat kat Umno, membodek mengampu setiap masa. Sebusuk mana pun parti Umno dan perangai orang-orang Umno beliau tetap mengatakan Umno wangi !! Umno hebat, Umno pembela bangsa Melayu !,.... Pegiii dahh.
Betullah keluhan rakyat marhaen selama ini bahawa,.. Politik Umno ialah politik perut atau politik kumpul harta selagi boleh!. politik bina empayar keluarga dan kroni. Politik perjuangan untuk rakyat jatuh nombor choruuut. !!
Cara dan matlamat pemimpin Umno berpolitik ialah - jika dapat habuan seratus ringgit, sembilan puluh sembilan ringgit masuk poket sendiri, satu ringgit untuk rakyat, Itu sudah cukup bagus ! Kalau nasib tak baik, satu sen pun rakyat tak dapat !!!
Oleh : rahimothman
"Kerajaan didesak perjelas projek lembu RM250juta" Sila baca dalam - http://www.malaysiakini.com/news/179633
Tiada ulasan:
Catat Ulasan