Fitnah keatas anak lelaki Lim Guan Eng dan pelajar 21 tahun dari Hong Kong itu telah memalukan Malaysia
Tak ada yang bengkak,. tiba-tiba muncul nanah!!,.. tak ada yang makan nangka, tut tut ada orang yang tercalit getahnya !. Begitulah fitnah memainkan peranannya! Tak kira bangsa, tak kira agama… fitnah di Malaysia semakin menjadi-jadi, terutama dikalangan Melayu jenarasi Umno. Mantan Perdana Menteri yang kini telah bersara tetapi masih lantang bersuara, bolehlah dianggap sebagai perintis kerja-kerja fitnah ini.
Rakyat Malaysia yang bersih hati dan waras minda tak kira apa bangsa pun pasti mengutuk perbuatan fitnah yang keji ini. Kelmarin keluarga Ketua Menteri Pulau Pinang difitnah lagi. Rata-rata pemimpin DAP merasa amat kesal dan marah dengan tindakan bloger-bloger pro Umno yang menyiarkan berita fitnah itu,.. kononnya anak remaja lelaki LGE berusia 16 tahun terlibat dengan skandel gangguan seksual di sekolahnya.
Anak kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu dikatakan telah meraba buah dada seorang pelajar perempuan rakan sekolahnya seperti yang tersiar gambarnya dalam blog-blog pro Umno. Anak LGE kononnya telah terlepas dari sebarang tindakan kerana menggunakan nama bapanya selaku Ketua Menteri Pulau Pinang ! Wow ! dashat dan beraninya penyebar fitnah ini. Yang peliknya pelajar perempuan tersebut tak wujud pun di Pulau Pinang!
Pelajar perempuan yang dimaksudkan - Anya Sun Corke sebenarnya merupakan juara catur berusia 21 tahun, dari Hong Kong. Beliau tidak ada kena mengena atau sebarang kaitan dengan Malaysia, maupun Pulau Pinang, malah tidak pernah belajar bersama dengan anak lelaki LGE sama ada di Pulau Pinang atau dimana-mana.
Corke yang kini mewakili England dalam pertandingan catur sedang mengikuti pengajian di Wellesley College, Amerika Syarikat. Fitnah yang cuba mengaitkan dirinya dengan anak LGE yang masih mentah dan tak tahu apa-apa itu pasti memalukan! dan Malaysia yang merupakan pelopor dalam kerja-kerja fitnah sebegini seharusnya lebih malu kerana imej Malaysia terjejas kerananya !!!
Niat jahat bloger-bloger pro Umno kini terbongkar. Kejahatan Umno makin terserlah apabila Ketua Pemudanya membuat kenyataan sinis dengan berkata . "mungkin dia (LGE) roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada" , satu kenyataan mengiyakan atau menyindir yang berunsur fitnah dan berniat jahat. Sepatutnya ketua pemuda Umno itu menunjukkan sikap yang terpuji agar menjadi contoh, bukan sebaliknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan