Sumber : Kosmo Online
KOMBINASI mereka begitu digeruni, malah turut dilabel sebagai trio pemusnah bagi kebanyakan pasukan dalam kancah Liga Malay- sia (Liga M).Abdul Hadi Yahya yang baru semusim bersama Terengganu, muncul pemenang Kasut Emas Liga Super musim ini dengan 25 gol, manakala Ashaari Shamsuddin terbukti hebat apabila meraih gelaran yang sama musim lalu.
Kemampuan Abdul Manaf Mamat pula tidak boleh dipertikaikan apabila dua jaringannya di Shah Alam dan satu di Kuala Terengganu, sudah cukup untuk menamatkan 'Misi 33' Selangor pada peringkat separuh akhir.
Malam ini, trio 'A' itu sekali lagi menjadi percaturan Irfan Bakti dalam misi membantu Terengganu menjulang Piala Malaysia buat kali pertama dalam tempoh sepuluh tahun.
Dengan Ashaari memiliki kemahiran menggelecek, Abdul Manaf bijak menghidu peluang dan Abdul Hadi tangkas di depan jaringan, ketiga-tiga pemain ini juga diharap mampu merobek pertahanan Negeri Sembilan diketuai Norhafiz Zamani Misbah sebelum membolosi kubu Farizal Marlias. Bagi Abdul Hadi sendiri, keyaki- nannya kini cukup memuncak untuk membantu Terengganu lebih-lebih lagi selepas keja- yaan mereka pada kempen Piala FA lalu. Malah, kegagalannya menjaringkan sebarang gol di pentas Piala Malaysia setakat ini sedikit pun tidak menjejaskan fokusnya untuk menghadapi perlawanan akhir malam ini.
"Mungkin ramai yang mempertikaikan kemampuan saya apabila gagal menjaringkan gol setakat ini, namun itu bukan masalah utama. Kami bermain sebagai sebuah pasukan dan mana-mana pemain yang mempunyai peluang untuk menjaringkan gol, maka dia akan menjaringkannya," jelas pemain kelahiran Selangor itu.
Abdul Manaf pula mengakui, dia kini telah kembali menemui sentuhan pemusnah sele- pas gagal beraksi dengan baik, terutamanya pada peringkat Liga Super lalu. Malah, pemain yang bakal menjalani latihan di bawah kendalian jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagopal itu turut mencari 'hadiah istimewa' selepas pemergian bapa tersayang, Mamat Mahmud tiga minggu lalu. "Sebagai anak, apa lagi yang saya inginkan selain memberikan kejayaan buat kedua orang tua. Sekalipun masih bersedih, saya tidak sesekali berputus asa dan akan memberikan persembahan terbaik pada perlawanan akhir nanti," katanya.
Untuk rekod, Abdul Manaf setakat ini berjaya menjaringkan enam gol dalam saingan Piala Malaysia, 15 gol dalam Liga Super dan tujuh gol Piala FA. Manakala Ashaari yang lebih banyak beraksi di posisi sayap, dianggap sebagai 'arkitek' dalam pasukan Terengganu menerusi hantaran- hantaran tepat yang kerap dilakukannya. Dia yang turut menjadi watak penting kepada kejayaan Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki tahun lalu, juga memiliki kelebihan menerusi rembatan-rembatan dari luar kotak penalti.
"Saya hanya mahu memberi fokus kepada perlawanan akhir dan sedia membantu pasukan untuk menjulang Piala Malaysia," kata- nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan