Isnin, 24 Oktober 2011

Selama ini UmnoBn tersalah memilih calun?

Menurut SU Agong Umno – Najib mahu calun-calun yang memang boleh menang dan memberi impak

Sila baca petikan kenyataan SU Agong Umno di bawah ini,…

Setiausaha Agung Umno berkata calon-calon yang akan diturunkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 “memang boleh menang dan memberi impak” dengan menekankan bahawa ketuanya Datuk Seri Najib Razak mahukan calon dan kerusi yang boleh menang.

Sehubungan itu kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar), BN sanggup meletakkan mereka yang sudah berusia jika pihak terbabit boleh membawa kemenangan.

UmnoBn sanggup meletakkan siapa saja sebagai calun, asalkan boleh menang !! Wow! Macam tu sekali! ,..Tua, muda, hitam putih, bertongkat, berkerusi roda boleh saja menjadi calun, seolah-olah perilaku calun  dan latar belakang mereka  tak perlu ambilkira!

Apa-apa pun kenyataan begini  tidak mengejutkan, tidak menghairankan!  Selama ini pun banyak calun-calun Bn terutama Umno - sangat tidak bermoral.  Sudah terbukti beberapa kali apabila calun-calun buruk laku (ada rekod rasuah dan tercemar moral) pernah menang dalam pilihanraya – seperti Isa Samad, Khairi Jamaludin dan Najib sendiri – sekadar beberapa contoh.  

Satu ketika dulu Najib pernah melafazkan sumpah – Putrajaya mesti dipertahankan walau dengan apa cara sekalipun. – seolah-olah matlamat menghalalkan cara,  boleh buat secara kasar, cara halus,bahkan cara busuk dan kotor boleh dilakukan asalkan UmnoBn yang buat,…dan mereka berhasil – contohnya cara mereka merampas Perak.

Justeru tidak menghairankan apa saja strategi memilih calun yang dibuat oleh UmnoBn. Begitu juga strategi kotor nak menang pilihanraya !  Lakukan lah selagi kamu ada kuasa! Syabbas UmnoBn !! Teruskan lah memilih calun-calun perasuah, yang rendah moral, suka mengampu, bekas perogol, bekas penagih atau sesiapa saja – asalkan boleh membawa kemenangan ! 

UmnoBn perlu ingat !!  Kalau dalam PRU ke-12 dulu rakyat telah membuat pilihan yang bijak, pasti  pada PRU ke-13 nanti mereka akan membuat pilhan yang lebih bijak lagi!

 

Oleh : rahimothman


Tiada ulasan:

Catat Ulasan