Belanjawan Pakatan Rakyat yang dibentang oleh Anwar diperlekeh! Sebaik mana pun DS Anwar sebagai pemimpin Pakatan Rakyat, ia tetap buruk dan busuk dimata Dr M
Dendam Dr M kepada DS Anwar tak habis-habis. Setahu kita tak ada satu pun dosa dan kesalahan Anwar kepada Mahathir maupun rakyat Malaysia.
Kalau ada pun pergeseran atau perselisihan, itu mungkin masaalah peribadi antara mereka berdua yang mana seluruh rakyat mengetahui bahawa Mahathir tak mahu Anwar menyanggah pendapatnya,.. Mahathir tak mahu ada orang lain lebih cerdik darinya termasuk Anwar. Maka sebab itulah Anwar difitnah, dimalukan dan dipecat.
Dengan perancangan rapi, Dr M bersama konspirasi tertinggi, akhirnya Anwar disumbat kedalam penjara. Di penjara Anwar menerima siksaan tambahan apabila biji matanya dibelasah hingga lebam oleh kuncu-kuncu Mahathir. Begitulah kejamnya Mahathir terhadap Anwar yang pernah menjadi orang kuatnya.
Hari ini, Dr M yang sudah bersara dari jawatan PM, sepatutnya berihatlah dan beramallah untuk menghadapi hari kematian. Usia pun dah tua bangka, kubur kata mari, rumah kata pergi! Bila nak insaf? Perasaan marah dan dendam Mahathir kepada Anwar sewajibnya sudah berakhir setelah Anwar dipenjara dan dilucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri,… Rupa-rupanya tidak,...
Barangkali sehingga Anwar mati pun dendamnya tak akan padam !! Ini terbukti apabila beliau diminta pandangannya tentang Belanjawan Kesejahteraan Pakatan Rakyat 2012 yang dibentang oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di Parlimen tengah hari semalam, Mahathir cuba memperlekeh dan menyifatkan Belanjawan tersebut sebagai tin kosong.
Wah ! dasyatnya komen beliau ! Tidakkah beliau tahu bahawa tin kosonglah boleh menjadi tempat menyimpan beras dan air? Tin kosonglah kalau diketuk boleh menakutkan burung, tupai, atau monyet yang merompak hasil tanaman! Atau menghalau hantu jembalang yang menghisap darah rakyat!!
Jujurkah komen Dr M itu? Mungkinkah ketajaman pemikirannya sudah luntur! Atau hilang ditelan usia?
Teruk sangatkah buah pemikiran Pakatan Rakyat pada pandanfannya ? Bodoh sangatkah Ketua Pembangkang yang bernama DS Anwar Ibrahim? Bukankah anda pernah melantiknya sebagai Timbalan Perdana Menteri? Lupakah yang anda sendiri pernah melantik Anwar sebagai Menteri kewangan hampir lapan tahun suatu ketika dulu.??
Nampaknya komen yang dibuat Mahathir itu menggambar keresahan dan ketakutan beliau,..
Baca seterusnya dalam ,…
http://wargamarhaen.blogspot.com/2011/10/mengapa-mahathir-resah-dengan.html#more
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan