Kenapa Dr.Chua Soi Lek (gambar) terlalu celupar dan biadap? Sebagai individu bukan muslim apa hak dan kobolehan beliau untuk bercakap soal hukum hudud yg bukan dalam bidangnya?
Antara dakwaannya - Melaksanakan Hukum Allah yakni hukum hudud dikatanya ibarat berundur kebelakang, negara bertambah mundur, pelabur takut datang, yang sedia ada akan cabut lari!! Begitulah mudahnya dia menilai dan menghukum tanpa secubit bukti pun ! Telebih cerdik agaknya !
Kita bukan nak kata Dr Chua monyet, tapi ini contoh,… Mana boleh monyet bercakap dalam masyarakat tempua tentang bagaimana nak buat sarang dengan baik dan kukuh. Hukum Allah dah menentukan bahawa sarang tempua sememangnya unik, cantik dan kukuh. Tak layak si monyet menegur atau mempertikaikannya.
Berbalik kepada hukum hudud. Siapalah Dr Chua untuk menilai hukum milik Allah itu? Samalah macam monyet tadi ! Monyet hanya pandai bergayut dari dahan kedahan, makan anika buah-buahan dan melepaskan nafsu sesama sendiri kemudian bunting dan beranak pinak ! Lebih-lebih pun kalau pandai sikit bolehlah menjadi monyet sarkas,.. tak lebih dari itu.
Tetapi nampaknya Dr.Chua mahu tunjuk lebih! Sebagaimana lazim ia tetap dengan egonya ! Beliau dengan bersahaja bercakap soal hudud, macam seorang ulamak moden Umno. Sedar atau tidak akhirnya beliau dengan sengaja telah memperlekeh Islam !, menghina Islam dan umatnya ! Agong sebagai ketua agama macammana? tak tercabar atau terusik hati ke?
Barangkali dalam hati beliau sudah bersedia dengan kalimah ini,..Apa aku peduli ? ini Negara aku juga!. Negara ini negara demokrasi !. Aku berhak bercakap apa aku suka,..aku bercakap bagi pihak parti aku. Parti aku sah, halal,.. bukan haram!! Agaknya !.
Kenapa ini boleh berlaku? semua orang tahu. Semuanya kerana Umno!. Umno telah membiar dan membenarkan perkara ini. Umno telah memberi muka, membiarkan ia berleluasa. Lebih malang Umno seolah-olah memberi galakan dan menyokong perbuatan mereka,
Contoh – semasa kempen pilihanraya kecil DUN Tenang Pahang,,,. Beberapa pemimpin Cina termasuk Chua Soi Lek memperlekeh Cikgu Mala calun parti PAS kononnya beliau mengelak bersalaman dengan lelaki bukan muhrim. Pemimpin Umno tahu hukum, tetapi mereka sama-sama ketawa dengan sindiran yang dibuat pemimpin bukan Islam itu.
Mereka juga persoalkan kenapa Cikgu Mala memakai sarung tangan, walhal tujuannya untuk mengelak dari bersentuhan kulit dengan lelaki muhrim. Umno tahu hukum, semua itu kehendak dan ajaran Islam, tetapi mereka senang-senang persendakannya bersama pemimpin bukan Islam! Bila penyokong BN bukan Islam ketawa pemimpin Umno sama-sama ketawa. Begitulah adanya,….
Apa-apa pun laporan polis perlu dibuat, Isu ini boleh jadi panas kerana ia boleh menyentuh sensitiviti agama dan kaum ! Pencetus kepada isu ini mungkin boleh dikenakan tindakan atau hukuman di bawah akta hasutan ! Kita sama-sama lihat! Anak jantankah polis-polis kita terutama yang beragama Islam
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan