Dah gilakah kerajaan BN pimpinan Najib?
Ayuh, selamatkan segera negara dari perbuatan khianat Umno! Selamatkan negara ini dari dikuasai warga asing!
Desas desus tentang isu pemberian kewarganegaraan kepada warga asing ini sudah lama kita dengar namun kerajaan sering mengelak dan membuat penafian. Justeru bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila ada dakwaan mengatakan wujudnya task force yang berperanan memberi kad pengenalan biru kepada warga asing, seperti yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar kelmarin.
Dakwaan dan pendedahan awal telah pun dibuat dan semestinya kerajaan Najib jangan lagi membuat berbagai alasan. Seperti yang diminta oleh Mahfuz juga menjadi harapan seluruh rakyat malaysia,.. sebuah Suruhanjaya Diraja sememangnya perlu ditubuhkan segera.
Menurut Mahfuz, beliau sendiri bersedia membantu Suruhanjaya Diraja yang akan dibentuk untuk meneliti semua dakwaannya,.. kerana niat memberi kerakyatan mudah kepada warga asing ini sudah tentu bertujuan untuk membolehkan mereka mengundi dalam PRU ke-13 nanti. Kalaulah berita atau isu ini benar amatlah malang sekali kerana ia akan mengundang banyak keburukan atau musibah yang lebih besar dimasa akan datang.
Najib dan kerajaan UmnoBn dah gila agaknya,.. sampai sanggup menggadai negara!. Kerenah dan jenayah yang dibawa oleh warga asing selama ini pun sudah cukup membebankan, bagaimana pula kalau mereka sudah menjadi warga negara? Tentu mereka akan lebih bermaharajalela,.. hak sebagai warganegara mereka akan tuntut ! Maka sangatlah tidak adil kepada rakyat Malaysia yang selama ini menjadi warganegara Malaysia yang sejati/ tulin. Mana mungkin hak kita dikongsi bersama dengan orang luar / warga asing !!
Kenapa Umno sanggup menggadai atau memperjudikan negara semata-mata nak mengekalkan kuasa. Sepatutnya UmnoBn berjuanglah sebagai anak jantan untuk mendapat kuasa dari rakyatnya sendiri dalam pilihanraya. Bukannya bergantung harap kepada pihak lain, dan bukan dengan cara jahat begini! Nampaknya kata-kata Najib sebelum ini,.. ” Kita akan pertahankan Putrajaya walau dengan apa cara sekali pun” terbukti benar.
Sebagai rakyat Malaysia yang setia dan perihatin marilah kita berdoa untuk keselamatan dan kesejahteraan rakyat negara ini. Kita tak mahu Malaysia menjadi sebuah negara cacamarba, kelam-kabut dan kacau-bilau dek penangan pendatang asing. Kerja jahat Umno dan dan dalang-dalangnya mesti dibenteras segera! Zaman kepura-puraan pemimpin Umno mesti ditamatkan !!
Kepada Perdana Menteri, sila respon ! jangan tak respon! Begitu juga Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) . Anda semua perlu menjawab isu yang dibangkitkan ini. Ini soal besar!, soal keselamatan dan masa depan negara !.
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan