Sabtu, 21 April 2012

Tamrin Ghaffar, bila lagi nak tinggalkan Umno?


Menjelang perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini, seorang tokoh di luar Pakatan Rakyat menyatakan sokongan terhadap usaha untuk melakukan transformasi pilihan raya.

Meskipun mengakui masih menjadi ahli Umno, namun Tamrin anak bekas Timbalan Perdana Menteri  Allahyarham Tun Gafar Baba, dikatakan amat meluat dan jijik dengan gelagat Pimpinan UMNO hari ini. Mereka sanggup menggadai maruah Negara dengan memberi kad pengenalan kepada pendatang asing melalui cara berselindung, untuk menjadikan mereka pengundi haram tetapi disisi Umno. Tujuan Umno tiada lain,.. sudah tentu untuk membantu mereka menang dalam PRU akan datang.

Tamrin juga meluahkan rasa hati yang beliau sudah tidak sanggup lagi  melihat sistem pilihan raya diperkotak-katik oleh Umno BN semata-mata untuk mengekalkan kuasa. Tahniah saudara Tamrin! . Anda adalah satu diantara seribu ahli Umno yang mahu mengaku kebenaran.Yang salah tetap salah di mata rakyat, yang benar tetap benar. Keadaan pemimpin Umno semakin  hari semakin teruk!. Mereka mengaku beragama Islam tetapi sudah menjadi macam orang tidak beragama !, tidak beriman !

 Inilah akibatnya kalau fahaman atau semangat Asabiyah terlalu diagong-agongkan. Bila agama diketepikan, maka hawa nafsu dan tamak halobalah yang menguasai diri. Walhal dalam perlembagaan Umno sendiri pun TIDAK menyatakan bahawa,.. hanya UMNO saja yang berhak memerintah,… dalam Quran jauh sekali.  Sepatutnya pemimpin Umno terima hakikat bahawa tidak ada yang kekal dibumi Allah ini.  Rakyat boleh berubah! Rakyat mahu berubah!  Pemerintah juga boleh berubbah!!

Akhir sekali kita sedang menunggu bila agaknya Tamrin nak tinggalkan Umno. Bila Tamrin nak lari dari terus hidup dalam parti tong najis yang baunya teramat busuk itu..

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan