Khamis, 12 April 2012

Najib PM yang sangat lemah !!

Ramai pemerhati politik, bahkan rakyat Malaysia ‘amnya,.. percaya bahawa Rosmah Mansor bukan sekadar isteri kepada Najib, malah menjadi perancang utama yang memainkan peranan halus dalam memastikan Najib menjadi PM dan kekal sebagai Perdana Menteri, walaupun beliau tak selayak dan sehebat mana!

Siapa Najib di mata rakyat? Najib bukan seorang tokoh pemimpin!  Realitinya  beliau naik kerana menumpang tuah dan populariti bapanya allahyarham Tun Razak bekas Perdana Menteri. Nama beliau ditatang oleh segelintir rakyat dan penyokongnya yang mahukan beliau menjadi pemimpin, walhal beliau hanya gah sebagai anak keluarga bangsawan dari Pahang,.. tak lebih dari itu. Lihatlah bagaimana Najib dan Rosmah berbelanja hari ini !! amat mengejutkan!

Najib sebenarnya tak pernah melalui atau merasai kesusahan hidup rakyat di kampong.  Beliau dibesarkan dalam keluarga bangsawan dengan kehidupan mewah, belajar dan tinggal lama di luar negara. Justeru mana mungkin  Najib boleh mengkhayati penderitaan rakyat yang kebanyakannya nelayan dan petani miskin? Selama beliau menceburi politik sebanyak mana keringat dan jerit perih yang pernah beliau tumpahkan untuk Umno mahu pun rakyat desa? Tak banyak mana atau boleh kata tak ada!.     

Mengapa Najib boleh naik? Boleh jadi kerana politik wang,.. kerana dalam Umno politik wang sudah jadi amalan biasa!  Sebab-sebab lain?.. Kerana ditonjol atau diangkat oleh segelintir penyokong fanatik yang tak tahu menilai antara intan dan kaca.  Terbukti hari ini, Najib suka glamour, Najib suka menjadi popular dengan cara mudah, Najib nak menunjuk dia hebat dengan jalan singkat, tetapi dia lupa diri.  Sedar atau tidak Najib dilihat kurang mengambil  peduli tentang orang-orag lain disekelilingnya,.. Najib pentingkan diri sendiri dan dia berusaha keras semata-mata nak membina dirinya sebagai ikon pilitik.

Malang dan ruginya rakyat Malaysia kerana Najib telah menghabiskan masa lebih tiga tahun,.. bukan untuk membina negara tetapi meningkatkan imej sendiri.. Ini termasuklah mencipta slogan-slogan kosong yang tidak memberi apa-apa faedah atau keuntungan kepada rakyat,.. seperti,.. 1 Malaysia,.. rakyat didahulukan,.. pencapaian diutamakan,  Transformasi politk,.. transformasi ekonomi  dan berbagai transformasi lagi. Terbaru beliau melancarkan “Wasatiyah” satu slogan yang bermaksud  kesederhanaan,.. sedangkan amalan beliau dan isteri sangat bertentangan dengan Wasatiyah!

Disebalik realiti Najib sebagai anak keluarga bangsawan, rakyat melihat,.. Najib juga seorang pemimpin yang menyimpan  banyak rahsia atau skendal  dan imej tersebut tak dapat tidak terus menghantui beliau. Dalam banyak perkara pula,  Najib juga dilihat  tidak berani membuat keputusan,..kalaupun ada,.. keputusan itu flip-flop!!  pagi kata lain,  petang kata lain!. Ini juga satu kelemahan yang amat ketara.                                                                                                                                                 Dalam kes penyelewengan NFC,  beliau tidak berani membuat keputusan serta-merta untuk meminta Shahrizat Jalil melepaskan  jawatan sebagai Ketua Wanita Umno dan jawatan menterinya semenjak skandal RM250juta NFC itu timbul. Aduan-aduan terhadap salah laku dalam kerajaan dipandang ringan,. acuh tak acuh. . Sindrom penafian seperti telah menjadi amalan atau dasar dalam pentadbirannya. Itulah Najib,... anak bekas Perdana Menteri yang tidak punya kredebiliti dan intergriti ! Sahlah mengikut teori R.A.H.M.A.N bahawa Najib adalah Perdana Menteri Umno yang terakhir !

Habis, kalau dah semua lemah dimana lebihnya Najib?  Kelebihan Najib ialah beliau sanggup menjulurkan lidahnya kepada rakyat, walaupun rakyat dah tak sanggup lagi melihat lidahnya yang bercabang tiga tiga itu,..lebih hebat dari lidah biawak!!  Najib juga sanggup memaksa rakyat berkata ya, walaupun rakyat berkata tidak !.  Dan yang terakhir,... kelebihan Najib ialah beliau sanggup menebalkan mukanya untuk berkata,..” you help me, I help you,.. you give me, I give you”  Kalimah ini benar-benar menggambarkan beliau anak bangsawan yang sombong atau orang kaya kedekut !  Tak nampak langsung keikhlasan Najib terhadap rakyat !!.

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan