Apabila Yang Berhormat Azmin Ali mendakwa Dr Hasan Ali membelanjakan wang yang banyak untuk mengubah suai pejabatnya, (melebihi RM300,000.00) lalu Hasan menjawab: "Ada orang lain yang belanja lebih besar dari saya". Begitu rupanya jawapan seorang pakar motivasi yang berkelulusan Phd, lain ditanya lain dijawab,.. Nampak sangat Hasan kecut perut !
Ekoran dari dakwaan Azmin itu juga, Dr Hasan yang merupakan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, menggesa Azmin Ali agar menjawab dulu lima isu basi tentang fitnah keluarganya, walhal cerita rekaan itu sudah ditelan zaman!. Ia ibarat mayat yang sudah hancur dimakan ulat dan cacing didalam kubur!
Sebagai seorang yang sering mendabik dada mengatakan beliau ada pengalaman luas dan berpendidikan tinggi, adalah amat malang apabila Hasan kini dilihat sanggup melutut dan mengutip tohmahan yang berupa fitnah yang begitu kejam dan keji untuk menyerang Azmin.
Sekiranya Hasan seorang pemimpin yang berjiwa Islam dan mempunyai nilai-nilai kemelayuan, beliau sewajarnya menasihati mana-mana pihak yang membuat fitnah dan tohmahan supaya hentikan budaya fitnah ini, tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Hasan sendiri yang mengutip fitnah ini sebagai hujah balas terhadap Azmin.
Azmin turut menegaskan, beliau tidak pernah memilih untuk menyerang peribadi Hasan atau membuat fitnah terhadapnya, tetapi apa yang dibangkitkan adalah berasaskan angka dan dokumen yang ada dalam simpanan Kerajaan Negeri dan telah dibangkitkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.

Hasan yang selama ini melaung dan memperjuangkan Islam kini bergelumang dengan fitnah-fitnah keji yang ditaja Umno dan individu-individu yang berkepentingan. Mengulas mengenai isu keluarga termasuk DNA anaknya, Azmin berkata, pendiriannya sangat jelas. Beliau memilih untuk membersihkan nama dan maruah keluarganya melalui tindakan undang-undang di mahkamah termasuk kaedah DNA tersebut. Mahkamah telah pun membuat keputusan bahawa anak tersebut adalah sah milik Azmin Shamsidar. Mengapa Hasan masih berdegil mahu meneruskan fitnah ini? .
Agenda Islam, Melayu dan Raja yang dibawa oleh Hasan jelas satu pembohongan. Hasan kini sebenarnya sedang diperkuda oleh UmnoBn dan amat malang apabila beliau gagal menjawab dakwaan Azmin secara khusus mengenai kos ubahsuai pejabatnya, sebaliknya memilih untuk menjawab,.. "Ada orang yang belanja lebih besar dari saya". Itu jawapan orang tak bertelur namanya !
Hasan yang terkenal sebagai seorang pakar motivasi, rupa-rupanya pakar juga dalam hal-hal putar-belit. Dalam bab membelanjakan wang rakyat sepatutnya beliau telus dan jujur. Jika benar perjuangan beliau berteraskan Islam, beliau perlu menasihati pembuat-pembuat fitnah agar tidak membuat dosa mentah, sebaliknya berilah nasihat kearah kebaikan,.. bukannya menjadi ejen untuk menyuburkan fitnah ! sebagaimana yang dilakukannya sekarang

Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan