Sabtu, 14 April 2012

Yang tak sokong “BERSIH” tentu suka yang kotor !!

Ku Li nyatakan pendirian,..sokong “BERSIH”   

Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah telah menyatakan pendirian bahawa beliau dan AMANAH badan NGO pimpinannya menyokong himpunan ‘BERSIH 3” yang akan diadakan pada 28 April 2012 nanti.

Sebenarnya sudah terlalu banyak badan-badan NGO yang menyokong matlamat murni ini, kecuali satu dua NGO pro Umno yang menentang.  Alasan mereka cukup dangkal dan memualkan,.. kerana mereka masih mempertahankan bahawa SPR sudah cukup bersih,  walhal apa berlaku adalah sebaliknya!. Yang kotor mereka lihat bersih dan yang mahu bersih mereka lihat kotor.
 
Ramai penentang-penentang Umno berkata bahawa parti Umno ibarat “tong najis”. DS Anwar sudah cuba membersihnya dari dalam tapi tak berjaya.  Maka selagi Umno bernama Umo selagi itulah pemimpin Umno suka kepada yang kotor.  Allah telah membutakan mata mereka untuk memahami dan mengenali apa itu “BERSIH”

Kepada seluruh rakyat Malaysia !  Jangan jangan ragu dan bimbang,.. kita pakat turun beramai-ramai menjayakan himpunan terbesar dalam sejarah ini ! Kita sebagai rakyat yang menentukan masa depan kita,..bukan pemerintah sebagaimana yang diamal oleh UmnoBn selama ini.

Oleh : rahimothyman

2 ulasan:

  1. Orang bersih memang sukakan semua yang bersih. Cuma oengotor saja yang tak suka kepada yang bersih macam ulat tahi suka kepada tahi

    BalasPadam
  2. Orang bersih memang sukakan semua yang bersih. Cuma pengotor saja yang tak suka kepada yang bersih macam ulat tahi suka kepada tahi

    BalasPadam