Jumaat, 20 April 2012

PR akan siapkan filem "Siapa arah bunuh Altantuya?"


 
Menurut Muhamad Sabu Timbalan Presiden PAS, "Filem Altantuya" adalah sebuah filem yang tergantung dan belum ada penamatnya.  Seluruh rakyat Malaysia bahkan penduduk dunia sekali pun begitu ternanti-nanti apakah kesudahannya? Banyak persoalan belum dijawab,…

Antara persoalan penting yang bermain dikepala peminat,…Mengapakah dua orang pegawai keselamatan Perdana Menteri Najib Tun Razak sanggup membunuh dan meletupkan jasad Altantuya wanita Mongolia yang tak berdosa itu?  Siapa yang mengarah dua pegawai Najib membunuh wanita itu dan apakah motifnya?   Seluruh peminat dan pemerhati juga tentu nak tahu berapa juta atau berapa biliion nilai nyawa wanita Monggolia itu?.

Untuk mendapatkan jawapannya marilah kita menyokong dan mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU ke-13 nanti.  Menurut Muhamad Sabu lagi  apabila Pakatan Rakyat berjaya mengambilalih Putrajaya, insyaAllah segala-galanya akan terjawab. Pakatan akan menyiapkan kesudahan filem “Siapa arah bunuh Altantuya” !  Apakah Najib terselamat dari tuduhan – mengarahkan pegawainya membunuh Altantuya atau sebaliknya? Sama-sama kita tunggu dan lihat !!. .

Oleh : rahimothman


Tiada ulasan:

Catat Ulasan