Isnin, 16 April 2012

Mansuh PTPTN : Antara yang dah sedar dan masih degil

Dulu lain sekarang lain! Anwar dah berubah, Umno tak mahu berubah !! 
Beriya-iya benar nampaknya para pemimpin Umno seperti Muhyiddin, Khalid Nordin dan lain-lain, termasuk mantan Perdana Menteri Tun Mahathir mempertahankan kewajaran skim PTPTN !  walhal boleh dikatakan seluruh rakyat Malaysia menyokong pemansuhannya seperti yang dicadang oleh pembangkang!

Semalam dalam satu kenyataan Mahathir membidas DS Anwar, kononnya semasa keputusan untuk meluluskan skim PTPTN pada 1997 Anwar sendiri terlibat. Kalau pun Anwar terlibat dan turut bersama ketika itu,..itu cerita lama, tak perlu diungkit!. Dulu lain, sekarang lain,.. berubah kearah kebaikan memang dituntut oleh agama, cuma Umno yang degil sombong!!
 
Dalam hidup ini semua orang mahukan perubahan, mahu yang selesa dan yang lebih baik. Jadi tak salah rasanya kalau Anwar nak menghapuskan PTPTN,  kerana semua itu untuk meringankan beban pelajar dan ibubapa pelajar.  Kepada para menteri dan pemimpin Umno!!  Sedarlah! Insaflah !!  Tidak haram dan tidak berdosa jika Anwar mengubah pendirian semata-mata nak menolong rakyat.

Sepatutnya Umno tak perlu menyimpan rasa dengki kepada pembangkang khasnya Anwar? Berubahlah! Sampai bila tak mahu berubah?  Barangkali kerana tak mahu berubahlah, Umno menjadi sebuah parti yang statik, fanatik!  jumud ! lagi kuno!  Ramai pemimpin Umno mengambil sikap degil untuk berubah!, bahkan cukup cekal dalam mempertahankan sikap tamak selagi menjadi pemimpin!  Prinsip mereka mudah! Selagi berkuasa carilah harta sebanyak-banyaknya, walaupun dengan menghirup darah rakyat.

Untuk lebih mudah kita memahami sikap orang Umno,..  kita ambil contoh ini,... Mereka(UmnoBn) ada wang RM100.00,  lalu mereka pun berbangga untuk membantu rakyat dengan kadar RM10.00  manakala RM90.00 mereka akan faraid sesama sendiri. Untuk membantu rakyat lebih dari RM10 kerajaan tak mampu! Kerajaan boleh bankrap,.. kata mereka, walhal kalau mereka tak faraid RM90.00 kerajaan pasti mampu !!  Itulah hakikatnya, apa yang berlaku dalam kerajaan UmnoBn selama ini..

Zaman kerajaan UmnoBn bermaharajalela dah berlalu!. Waktu itu kerajaan BN pimpinan Mahathir bukan saja kuat tetapi sombong.  Hitam kata mereka hitamlah, putih kata mereka putihlah!  Pembangkang ketika itu ibarat seekor semut,.. mana mungkin nak berlawan dengan seekor gajah. Tetapi hari ini dunia sudah berubah!  Allah telah memberikan ruang dan peluang kepada rakyat untuk berubah !  Sudah tentu rakyat mahu bertukar dari yang kurang baik kepada yang baik, dari yang buruk kepada yang cantik, dari hidup berhutang kepada tidak berhutang!  


Syukur kerana segala yang berlaku ini adalah dengan kehendak Allah. Allah yang gerakkan hati Mahathir supaya memecat Anwar satu ketika dulu, lalu berlakulah era perubahan! , Allah yang menggerakkan hati orang Melayu supaya menukar haluan dari politik kotor kepada politik bersih, Allah yang menggerakkan hati rakyat Malaysia ‘amnya supaya tidak menyokong BN ! 

Jadi, bukankah perubahan besar yang mahu dibawa oleh Anwar itu (memberi pelajaran percuma / menghapuskan PTPTN) merupakah satu kebaikan kepada rakyat Malaysia sendiri? Kenapa Umno tak sokong?  Barangkali ada tiga sebab,,, kenapa Umno tak mahu sokong,..

Pertama, kerana malu menyokong pembangkang.  Kedua, kerana Anwar adalah musuh Umno,..  Ketiga, kerana Umno kalau boleh ingin kekal berkuasa untuk terus merompak harta rakyat !!  Bodohlah rakyat Malaysia kalau masih mahu bertuankan UmnoBn yang sekian lama telah menipu, memperalat dan mengkhianati rakyat!

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan