Kekecuhan
yang berlaku di BERSIH 3 semalam sah dimulakan oleh pihak polis. Pengalaman-pengalaman
lalu di mana Polis sendiri yang memburukkan imej polis nampaknya berulang
kembali,.. mereka tak ambil peduli.
PDRM
seolah-olah lupa mereka diperalat oleh rejim Najib, mereka taat membabi buta semata-mata patuhkan
perintah UmnoBn. Itulah tabiat buruk PDRM yang hingga kini tak boleh dihakis,
iaitu sanggup mencalit najis kemuka sendiri, Mereka ni seolah-olah diajar.. mereka
tak akan jadi polis lagi jika Pakatan Rakyat memerintah
Rakyat
hanya ingin masuk ke Dataran Merdeka,
tempat awam,.. bukan nak masuk Istana! (lojik kalau disekat).
Rakyat cuma nak menunjukkan perasaan protes, tanpa menggunakan sekelumit
senjata pun. Senjata tajam tak ada, mercun dan bunga api tak ada, bom c4 jauh
sekali !
Orang
ramai mahu menjejak kaki masuk ke Dataran Merdeka semata-mata nak berdiri
sambil melaungkan slogan inginkan
perubahan!. Salahkah? Bukankah Dataran itu hak rakyat? Kenapa UmnoBn tak benarkan? Kenapa Najib
takut sangat?
Sedarlah
wahai PDRM! Rakyat nak masuk Dataran
Merdeka bukan nak korek lubang buat terowong untuk serang hendap PDRM!,.. bukan
nak bakar apa-apa, bukan nak curi jongkong emas, bukan rompak bank, bukan nak
sekeh kepala agong dan bukan nak pijak kepala Najib disitu! Rakyat hanya nak berdiri dan bersuara ! Apa ruginya kalau PDRM mengambil sikap
mengalah? Bagi PDRM mengalah tak penting,.. yang penting ialah mengekal keegoan
dan menegakkan kerakusan !
Alasan polis menembak dan melepaskan gas : Untuk menghalalkan polis bertindak menembak air dan
melepaskan gas pemedih mata,.. mereka memberi alasan yang cukup dangkal,..
kononnya peserta himpunan telah merusuh sedangkan ia hanya cubaan untuk
melepasi pagar rintangan ! Dengan
serangan air dan asap pemedih mata itu, maka bermulalah tindak balas dari
peserta himpunan. Dan akhirnya berlaku pergelutan dan kekecuhan,.. tak kurang
juga yang cedera dan ramai pula yang ditangkap!
Bukankah kekecuhan ini polis yang mulakan dahulu?
Kenapa mereka bertindak cekap dan cepat? Kerana mereka adalah polis panas
baran!, mereka polis yang pantang dicabar,
mereka polis yang tak sabar,
mereka polis yang tak beriman!!!
Andainya polis tak bertindak begitu pasti himpunan BERSIH 3 akan jadi
bersih dan AMAN !
Dalam dua tiga hari ini kita dengarlah berita yang
disensasikan oleh media cetak dan elektronik pihak kerajaan yang bertajuk,..
PESERTA BERSIH MENGGANAS ! ANGGOTA POLIS DIDERA!! BERSIH
3 TAK DAPAT SAMBUTAN, PEMBANGKANG CETUSKAN HURU-HARA dan berbagai lagi. Hakikat sebenar kerajaan BN (Barisan Najib)
malu yang amat sangat, kerana kecurangan mereka telah ditelanjangkan. Benang
basah yang mereka cuba tegakkan tak
juga tegak-tegak !!!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan