Saiful dan Datuk T bersumpah orang tak percaya, apa bezanya Najib?
Pada 2008 Perdana Menteri, Najib Razak pernah melafazkan sumpah bahawa beliau tidak terlibat dan tidak mengenali model Monggolia yang dibunuh kejam oleh dua anggota Polis yang juga merupakan pengawal peribadinya.
Pada waktu itu Utusan Meloya akhbar penjilat bontot Umno berhempas pulas melaporkan bahawa tiada sebarang dokumen, gambar atau video yang boleh mengaitkan Najib dengan Altantuya, padahal dalam laman-laman blog terdapat banyak gambar mereka.
Namun semalam, dalam satu wawancara, Malaysiakini melaporkan bahawa, ayah kepada mendiang Altantuya, Setev Shaaribuu mendakwa pernah melihat gambar Altantuya yang diambil bersama Datuk Seri Najib Razak. Menurutnya lagi, kehadiran mendiang ke Malaysia juga adalah untuk berjumpa dengan Najib.Najib sudah bersumpah, namun kenyataan sumpahnya dilihat bercanggah dengan kenyataan ayah mendiang model monggolia itu. Siapa yang bercakap benar, bapa Altantuya atau Najib? Kalau si Saiful dan Datuk T bersumpah orang tak percaya,.. apa bezanya Najib?
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan