Rabu, 4 April 2012

Hasan akidah,..cuba perangkap Dr Rani

Semalam, Dr Hasan Ali membidas Dr Abd Rani sepuas-puasnya,.. kerana mendakwa Pesuruhjaya PAS Selangor itu membuat kenyataan mengatakan bahawa – sidang media  isu video murtad Hasan Ali tidak penting berbanding isu pengundi hantu,..  

Ekoran daripada kenyataan itu lantas Hasan dan menyindir sinis  Dr Rani. Hasan seolah memperlekeh dan memperbodohkan Dr Rani   kononnya kenyataan Dr Rani itu tidak mengghambarkan beliau seorang yang benar-benar Islam. 

Hakikat sebenarnya bukanlah Dr Rani bermaksud isu murtad itu tidak penting,.. Yang tidak penting bagi Dr Rani ialah untuk hadir ke Sidang Media Isu Video Murtad tajaan Hasan Ali,.. itu saja.  Dr Abd.Rani yang juga selaku Pesuruhjaya PAS Selangor, menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Hasan yang mengatakan beliau mengambil ringan tentang akidah orang Islam.

Tak ada siapa menafikan isu murtad ini penting termasuk Hasan sendiri. Soal hadir atau tidak ke Majlis Sidang Media yang dibuat oleh Hasan,.. itu perkara lain. . Lagipun  protokol kedua-dua manusia ini jauh berbeza! Siapalah Hasan Ali jika dibanding dengan Pesuruhjaya PAS itu.  Bagi Dr Rani sendiri, untuk hadir ke sidang media Dr Hasan mungkin ia bukanlah satu keperluan ketika itu. Mungkin ada komitmen lain yang lebih utama.  Justeru Hasan jangan cuba mendabik dada nak menunjuk jiwa Islamnya lebih tebal dari orang lain..   

Dalam perkara penting dan tidak penting  atau mana lebih penting ini,  kadang-kadang sukar kita menjawabnya.
Tak perlulah Hasan menjadikannya satu isu,..kerana kalau kita bersikap positif,..banyak perkara sebenarnya adalah penting ! Dalam hal Islam misalnya,.. rukun iman penting, rukun Islam penting,.. kedua-duanya penting. Menyelamatkan akidah orang yang hampir tergelincir iman penting ! Menyelamatkan insan yang hendak membunuh diri juga penting. Yang sebaik-baiknya ialah kita buat sesuatu itu dengan ikhlas kerana Allah,  bukan menunjuk-nunjuk macam Hasan !

Jauhi sikap takbur, sombong dan riak :  Kita sebagai seorang Islam,.. dan orang lain pun Islam juga, maka jangan sewenang-wenang kita menuduh orang lain tidak Islam,  tidak beriman atau sebagainya. Jangan sekali-kali kita mendabik dada kononnya iman dan akidah kita cukup kental – sepertimana Hasan Ali yang begitu taksub dengan dirinya  !!  

 

Apa-apa pun sedikit ucapan tahniah untuk Hasan kerana anda insan perihatin!,..tetapi dukacita !, kerana anda tidak bersikap pro aktif !!  Dan bertambah-tambah malang kerana anda mengambil masa yang terlalu lama untuk menghighlightkan isu ini.  Anda juga terlalu lambat bertindak!  Walhal anda seorang exco sebelum ini !  Kenapa baru sekarang nak dedah? Kenapa baru sekarang nak buat kecuh ? Bising sana, bising sini!. Nampak sangat perjuangan anda penuh dengan pura-puraan!, Tak nampak langsung keikhlasan anda melainkan nak membalas dendam terhadap PAS dan  PKR

 

Oleh : rahimothman


Tiada ulasan:

Catat Ulasan