Soal kepentingan awam bagi mereka tak ada kena mengena dengan Melayu, Islam dan Raja,.. sebab itu Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris menyeru umat Islam di Negara ini agar memboikot jangan menyokong BERSIH 3 yang akan diadakan pada 28 April ini.
Menurutnya lagi,… ketua BERSIH 3 itu (Ambiga) adalah kafir dan penentang Islam, jadi kita jangan sokong BERSIH 3 walaupun niat dan matlamat BERSIH 3 itu sangat murni untuk kebaikan manusia sejagat. Ha! Ha!,.. itulah cara berfikir kebanyakan orang PERKASA dan UMNO. Orang kafir menentang Islam apa nak heran? bukan sesuatu yang pelik! Yang pelik ialah banyak lagi orang-orang Melayu terutama pemimpin Umno yang menentang Islam sama ada secara bersembunyi atau terang-terangan.Kenapa kamu tak bising?
Sebenarnya bagi rakyat Malaysia, siapa pun yang mengetuai himpunan BERSIH itu bukanlah perkara pokok, yang penting isu keadilan yang dituntut akan memberi makna yang cukup besar dalam kehidupan!! . Butakah PERKASA untuk mengenali betapa ramainya individu Islam lain yang terlibat sama dalam penganjuran ini, betapa banyaknya badan-badan NGO yang turut menyokong gerakan ini?
Kepada saudara Irwan Fahmi ! Mulia sangatkah diri anda? Hebat sangatkah Islam anda? Kalau diri tu dah bengong, janganlah cuba membengongkan orang lain pula! Cuba renung-renungkan ini,.. Anak anda lemas di sungai, kemudian diselamatkan oleh seorang yang bukan Islam bernama Lethmy atau Lethmy yang bukan Islam ini menyelamatkan isteri anda yang cuba dirogol oleh perompak. Sebagai manusia normal, sanggupkah anda mengutuk Lethmy yang berjasa itu semata-mata kerana dia bukan seorang Islam?? Betul kata Mahathir,,. Melayu UMNO @ PERKASA sudah pupus orang-orang cerdik pandai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan