Ahad, 8 April 2012

Samseng cederakan Nazir Masjid !!

Budaya samseng ala Umno dah menular ke masjid?
KAJANG, 8 April: Seorang nazir masjid di Bandar Baru Bangi dilaporkan lebam di mata akibat diserang seorang pemuda berlagak samseng,  dipercayai tidak berpuas hati dengan proses pemilihan jawatankuasa masjid.

Kejadian berlaku pukul 7.45 pagi tadi,  sejurus selepas Mohd Abd Basir Alias - Nazir Masjid berkenaan  memulakan mesyuarat agung tahunan.  Beliau tiba-tiba saja diserbu atau diserang   sekumpulan pemuda yang mungkin datangnya dari qariah yang sama

Dalam keadaan marah-marah salah seorang dari mereka telah  menghantukkan kepala kepada Abd Basir menyebabkan matanya lebam dan bengkak.  Mangsa telah membuat laporan polis dan kes sedang disiasat di bawah Kanun Keseksaan – Seksyen 323  yang menyebabkan kecederaan.

Apa alasan sekali pun perbuatan pemuda ala-ala samseng ini sungguh tak beradab. Kesucian masjid langsung tidak dihormati.  Mereka datang dari kelab samseng mana wallahhualam!  Mungkinkah dari kelab Karaoke?  atau dari kumpulan gagak hitam?  Yang pasti tentu mereka bukan ahli solat berjemaah dimasjid itu. Kalau ahli qariah atau solat berjemaah lima waktu ditempat itu , mustahil mereka berperangai macam setan.

Barangkali mereka lupa satu hari nanti mereka akan mati. Mereka lupa, siapa yang akan memandi dan mengkafankan mayat mereka!  Siapa yang menyembahyangkan jenazah mereka !?  Sudah tentu gulungan seperti nazir ini, gulungan kaki sembahyang atau kaki masjid, yang akan dipertanggung jawabkan!

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan