Ahad, 22 April 2012

Isu PTPTN : Lagi,.. komen bangang pemimpin Umno!



Isu siswa menuntut PTPTN dihapuskan,  memang hangat diperkatakan sekarang ini. Tak ada satu pun komen pemimpin  Umno yang positif melainkan YB Saifudin Abdullah. Lain-lain kenyataan pemimpin Umno kebanyakannya bersifat bangang atau bodoh sombong. Kita lihat beberapa contoh di bawah ini,..
 
Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas, juga presiden PERKASA (bekas mepimpin Umno masih berjiwa Umno):        
Beliau menyifatkan perjuangan Pro-Mahasiswa menuntut pendidikan percuma dengan berkampong di Dataran Merdeka sebagai mementingkan diri dan perbuatan mereka  itu memalukan. Mereka berjuang hanya kerana tak mahu bayar hutang ! . Pendidikan percuma hanya akan membuatkan pelajar jadi malas dan enggan bersaing, sekaligus mampu menggagalkan matlamat pemansuhan tersebut. 

Beliau turut mendakwa kumpulan mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka sejak enam hari lalu ditaja parti politik tertentu . makanannya ada dalang yang menyokong tindakan mereka,.. katanya.

Yang pentingkan diri sendiri kamu wahai Ibrahim al Katak dan yang malu pula bukan siswa tapi Najib, Umno dan Bn.  Mereka berjuang bukan kerana tah mahu bayar hutang, tapi nak mintak kerajaan hapuskan PTPYN dan beri pelajaran percuma. Mereka bukan bodoh macam pemimpin Umno,.. mereka cerdik.  Mereka mampu mengenali kerajaan yang baik dan berkemampuan dengan kerajaan yang zalim lagi sombong. Siswa kita tidak mahu jadi kerbau yang boleh dicucuk hidung.! Siswa tak mahu berhutang kenapa dipaksa berhutang? Pemimpin Umno tak mahu bayar balik wang yang mereka songlap kenapa kamu tak bising?

Siswa sepatutnya berdemo di depan rumah Anwar, bukan di Dataran Merdeka! kata si Katak ni lagi…
Wahai Ibrahim Ali Katak !  tak betul tu,. Apa ke jadahnya berhimpun dirumah Nuar, Anwar belum dapat mandat lagi... Sepatutnya mereka berhimpun di rumah Najib -Seri Perdana, baru kena!

Ahmad Maslan  : Siapa suruh mereka tidur di padang,… orang tidur di rumah!                           Ini cakap orang tak pakai otok, ada otak letak di bawah tumit. Kalau kamu tak gheti cakap, baik tak usah cakap. Nilai setiap patah perkataan kamu sama macam sampah di tepi jalan!. Kalau bercakap dengan murid TADIKA boleh le!

Khalid Nordin : Sekiranya siswa mahu PTPTN dimansuhkan sila pulangkan kembali wang pinjaman itu !
Pulang untuk masuk semula kepoket kamu atau poket UmnoBn?  Ha, ha! elok sangatlah tu!  Hoi Khalid, itu duit rakyat, bukan duit mak bapak kamu!,. Siswa juga adalah rakyat, bukan warga asing! atau PATI. Duit rakyat berjuta dan berbilion ringgit yang pemimpin Umno dah songlap bila pula nak dipulangkan?

Oleh : rahimothman


Tiada ulasan:

Catat Ulasan