SELEPAS MELIHAT GERAKAN DAN SAMBUTAN HIMPUNAN BERSIH
3 YANG MENCECAH KEHADIRAN 300 RIBU ORANG RAKYAT MALAYSIA PERIHATIN
SEMALAM, NAJIB SEHARUSNYA SEGERA BERUBAH
! BERUBAH DARI SIKAP DEGIL KEPADA
SIKAP AKUR ! BERUBAH DARI TIDAK MAHU
KEPADA MAHU MELAKSANAKAN PERUBAHAN
TERUTAMA DALAM SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya).
Kepada Dato’ Seri Najib,….Jangan sampai rakyat
bangkit untuk berarak pula dalam BERSIH 4 !
Tunaikanlah harapan dan permintaan rakyat yang cukup bersih lagi murni
itu. Rakyat tak mintak bantuan RM500 dijadikan kepada RM1,000,..rakyat tak
mintak setiap keluarga diberikan lima ekor lembu pawah! atau satu unit rumah
kondo. Yang mereka mahu, ialah bersihkan pilihanraya, bersihkan SPR,.. itu
saja.
Kalau kamu benci Anwar tak apa, kalau benci Lim Kit
Siang tak apa, benci Haji Hadi tak apa,
bahkan kalau kamu benci Ambiga dan Nik Aziz sekali pun tak apa ! tetapi
jangan kamu bencikan rakyat! Jangan kamu
permain atau persendakan rakyat,.. apa lagi kalau kamu sanggup menghampakan
kemahuan rakyat !.
Wahai Dato’ Najib !! Janganlah kamu pentingkan diri
sendiri ! jangan pentingkan kerabat dan
kroni! Umno bukan segala-galanya! BN
bukan segala-galanya !! Kerajaan Firaun
pun runtuh, kerajaan Rom pun tumbang,
tidak ada yang kekal di dunia ini,…bila sampai masanya pasti berubah
! Akuilah,.qada’ dan qadar Allah,.. itu
tanda orang beriman !!
Akhir
sekali,..peringatan buat Najib !! ….Jangan sampai hidup
dan mati kamu senasib dengan Allahyarham
Sukarno bekas presiden Indonesia, sedarjat dengan presiden Libya yang diktator,
mahu pun setaraf dengan presiden Mesir yang rakus,.. semuanya dibenci oleh
rakyat. Dan mereka mati dalam kehinaan !!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan