Selasa, 1 Mei 2012

SDRM – Samseng Di Raja Malaysia


Untong jadi polis,..dalam masa yang sama jadi samseng berlesen
 
“BERSIH 3.0”  sudah pun berlalu. Apa yang Najib dan kerajaan UmnoBn mahukan iaitu perhimpunan yang dicemari dengan kekecuhan berjaya mereka wujudkan. Semuanya bermula dengan provokasi dipihak polis sendiri.

Pertama,. mereka berjaya mewar-warkan berita kononnya seorang anggota polis telah mati disebabkan keganasan peserta demo. Kedua,.. polis sengaja mengarahkan anggotanya berpura-pura memandu macam orang mabuk sambil merempoh peserta. Akibatnya ada yang cedera kerana dilanggar,.. ini membuatkan peserta marah lalu menterbalikkan kereta polis tersebut. Ketiga,.. polis yang menyamar sebagai peserta demo telah memutuskan dawai rintangan berduri dan ini menyebabkan peserta demo berpusu masuk ke Dataran.  Maka itulah alasan polis untuk menghalalkan mereka menyerang dan mengganas terhadap peserta demo. Begitulah bijaknya PDRM bermain wayang !

Esoknya akhbar kerajaan akan melaporkan yang buruk-buruk tentang BERSIH.  Akhbar akan melaporkan  bahawa penganjur BERSIH 3  telah mengengkari perjanjian,.. peserta BERSIH 3 telah mengganas,  peserta BERSIH mencederakan anggota polis,  peserta terbalikkan kereta polis dan berbagai cerita palsu lagi!  Tetapi percayakah rakyat penipuan demi penipuan yang dibuat oleh PDRM dan Najib?   Berpuluh video rakaman yang dibuat oleh rakyat sendiri  terhidang di internet. Rakyat boleh menilai yang tulin dan yang palsu, rakyat tak boleh ditipu lagi.

Kesimpulannya, apa yang berlaku dalam BERSIH 3,  polis mengganas lagi, terus mengganas seperti masa-masa lalu.  Polis bertindak macam orang dirasuk hantu, Seperti dalam rakaman video ada sekumpulan polis (lebih dari 10 orang) membelasah seorang peserta demo yang tak mampu melawan !  Tak zalimkah itu?  Justeru tidaklah salah kalau ada orang berkata,.. tindak-tanduk polis betul-betul macam samseng. Beruntung polis Malaysia !  Dapat jadi polis dan dalam masa yang sama menjadi samseng berlesen !!

Oleh : rahimothman

1 ulasan: