Ahad, 20 Mei 2012

Nasib si penipu,..Najib bagaimana?

 Sedarlah Najib,.. rakyat mahukan seorang PM yang beriman,….  Jauh dari sifat-sifat munafik, kufur dan mungkar !!

 Kita nak nasihatkan Najib, cukup-cukuplah tu menipu rakyat. Selama ini SPR kamu buat macam rumah kamu sendiri,.. kamu peralatkan SPR semahu-mahunya. Kamu dan SPR bersultan di mata beraja di hati,.. Kerakusan sikap kalian bagaikan tak boleh dibendung lagi. Permintaan rakyat kamu abaikan!, Ada sesetengah kes,. lain yang rakyat minta , lain yang kamu buat !  Rakyat minta bersihkan daftar pengundi,.. rupa-rupanya itulah yang paling kamu takut nak buat!  .

Kepada Najib dan seluruh pemimpin Umno!  Lihatlah disekeliling ! sejarah tidak pernah menipu kita. Bagaimana nasib pemimpin Filipina?,  bagaimana nasib pemimpin Indonesia?, Mesir dan Libya? 

Presiden Marcos pernah menang besar dalam pilihanraya dengan cara menipu. Suharto juga menang dalam pilihan raya dengan menipu. Husni Mubarak dari Mesir juga menang besar dalam pilihan raya dengan cara menipu. Lihat,..apa terjadi kepada mereka semua?

Marcos menjangkakan penipuannya akan memanjangkan kuasanya di Manila.  Suharto mengharapkan  penipuannya  dalam pilihan raya akan memberinya mandat untuk terus berkuasa di Jakarta. Di Mesir Husni Mubarak terus menerus yakin bahawa beliau boleh  menang walau pun dengan menipu untuk kekal menjadi Presiden.

Terbukti, anggapan mereka meleset!  Walaupun Marcos menang, rakyat Manila turun ke jalan raya dan berjaya menumbangkannya.  Rakyat Indonesia di Jakarta turun ke jalan raya dan akhirnya Suharto kecundang juga.  Di Mesir pun sama,.. Husni Mubarak walaupun menang besar tetapi rakyatnya turun ke jalan raya lalu mencampaknya kelongkang!  Begitu juga nasib yang menimpa presiden Libya - Gadaffi

Si tamak, si penipu, si penindas  akhirnya Allah tunjukkan balasan kerana doa orang-orang yang dizalimi tiada hijab disisi Allah,.  cepat atau lambat,   Allah perkenankan juga. Tidakkah kamu insaf wahai Najib? Apakah kamu fikir Allah tidak mengetahui dan tidak melihat niat dan perbuatan buruk kamu? 

Oleh : rahimothman


2 ulasan:

  1. Firman Allah swt: 'Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

    ( Al Baqarah 256 – 257 )

    BalasPadam
  2. kepada Abu muhamamad,firman yang di atas untuk PAS ke atau PR atau UMNO? Sahaja nak tau...

    BalasPadam