Rahim Noor, bekas Ketua Polis Negara memang bermulut bacul! Kalau dibandingkan mulutnya, sama macam muncung babi yang suka menyondol tanah tanpa sempadan.
Mulut laser mamat pencen ini sepatutnya dicili saja! atau mukanya ditonyoh kedalam mangkok tandas, baru padan!
Satu ketika dulu beliau bertindak samseng - membelasah sampai lebam mata DS Anwar semasa dalam penjara,.. kini bekas KPN (Kaki Pukul Negara) ini bertindak samseng lagi apabila sewenang-wenang menuduh TG Nik Aziz sebagai “bapak kafir” Kalau Nik Aziz seorang ulamak yang pijak semut pun tak mati dianggap bapak kafir,.. agaknya siapalah dirinya mengikut penilaiannya sendiri. Di sisi Allah kita serah saja pada Allah, tetapi di sisi masyarakat semua orang dah tahu, beliau seorang manusia lidah bercabang, pernah jadi samseng,.. memukul orang tak bersalah !
Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul ‘Am PAS itu wajar menyaman Rahim Noor. Diperingkat awal ini jangan memaafkannya sehinggalah orang terbabit di bawa ke mahkamah. Sebelum ini Nik Aziz banyak memaafkan orang yang memburukkanya. Memang TG Nik Aziz seorang yang pemaaf, satu masa dulu, beliau pernah memaafkan Utusan Malaysia yang memfitnahnya dengan menarik balik cadangan samannya.
Untuk kali ini, andainya Nik Aziz meneruskan cadangan menyaman NST dan Rahim Nor ia bukanlah bertujuan untuk mendapat wang semata-mata tetapi yang lebih penting untuk memberi pengajaran kepada semua orang khasnya Rahim Noor sendiri. Dapat pampasan atau tidak itu perkara kedua. Nik Aziz tentu sekali tidak mengharapkan sangat wang itu, tetapi beliau boleh menghadiahkannya kepada mana-mana badan amal atau rumah anak yatim jika ditakdirkan menang saman.
Teringat
penulis akan tiga KPN kita yang lalu, ketiga-tiganya mendapat gelaran “Bapak”.
Seorang Bapak Judi, seorang Bapak
Samseng, dan seorang lagi “Bapak
Konspirasi” Tahniah kepada mereka! KPN
yang sekarang ini belum tau lagi apa gelaran yang beliau akan dapat.
Oleh
Rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan