Sabtu, 12 Mei 2012

Polis Malaysia bodoh? atau memang samseng?



Cerita ini berlaku tahun lalu, tetapi tak pernah menjadi berita utama dalam  media pengampu (Umno)  Kisahnya ialah seorang ibu tunggal yang ditembak polis tanpa sebab.

Beliau dengan rakan-rakan dalam sebuah kereta melalui jalan MRR2, tiba-tiba polis melepaskan beberapa das tembakan. Beliau tercedera dan patah tulang rusuk.

Hingga hari ini nampaknya PDRM macam ingin melenyapkan kes ini, namun tindakan seorang peguam prihatin, telah melegakan keresahan dan kesusahan mangsa tembakan. 
 
Kes ini akan dibawa ketengah!  Tetapi yang agak memalukan ialah di mana peranan peguam Melayu Umno? Slogan Umno membela Melayu betul-betul hampehh, ia ibarat golok tak berhulu,.nak diguna susah dipegang.  Sepatutnya dicampak saja kelongkang !
                                                                                                                                                                                   Masyarakat Malaysia yang perihatin sangat bersimpati dengan nasib yang menimpa ibu tunggal ini. Polis masih belum menjawab apa kesalahannya sehingga beliau diancam dan ditembak. Orang ramai pasti tertunggu-tunggu apa perkembangannya selepas ini. Andainya polis yang bersalah sewajarnya mereka dihukum.

Dulu di Shah Alam,  seorang insan kerdil di tembak mati oleh polis hanya kerana disyaki penjenayah, walhal beliau adalah seorang remaja nakal.  Ada berpuluh-puluh kes sebenarnya yang melibatkan keganasan polis, namun PDRM masih tetap menyombong diri dan mendabik dada – mengaku mereka adalah polis yang terbaik!  bertindak cepat dan tepat!  Padahal IQ mereka tak setinggi mana, mata pula rabun ayam!

Bila agaknya polis kita nak berubah? Hakikatnya selagi bertuankan Umno selagi itulah PDRM tak boleh berubah. Jauh sekali nak jadi baik!

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan