Khamis, 17 Mei 2012

Tolong nafikan dengan bukti,..bukan dengan air liur

Bekas pemandu pelakun Zahida Rafik,. Noor Azman Azemi mendakwa beliau pernah menemani pelakun itu memasukkan wang berjumlah RM1 juta kedalam akaun pelakun tersebut tahun lalu.

Difahamkan wang tersebut pemberian seorang menteri bernama Dato’ Shafie Apdal,  tetapi yang menjadi tanda tanya  apakah hubungan artis tersebut dengan beliau? Kawan biasa? Kawan istimemewa? Rakan niaga? Isteri? atau,….?  Soalan ini sedang bermain di kepala kita dan belum terjawab, namun begitu . ia akan diketahui juga satu hari nanti! .
 
Menurut bekas pemandu itu lagi,.tugas menemani memasukkan wang ke akaun artis tersebut telah berlaku  lebih dari sekali. Kepada yang empunya diri - Shafie Apdal,..takkan senyap je!  Kalau ye katakan ye, kalau tidak katakan tidak, tetapi jawapan atau penafian anda perlulah disertakan bukti!.bukan hanya dengan air liur saja!!

Anda seorang menteri,..dan yang satu lagi pula seorang artis, walau pun populariti hanya suam-suam kuku. Kedua-dua  ada pengikut atau peminat,.. sentiasa menjadi perhatian masyarakat. Dalam hal ini sepatutnya Pak Menteri bersikaplah anak jantan !  Berani kerana benar, takut kerana salah ! berani buat berani tanggung!  Kalau rasa diri telah difitnah saman saja pihak yang mendakwa ! Beranikah dato’?  

 
Berbalik kepada wang RM1 juta ! Wow,  banyak tu!!  Mudah dapat! Mudah memberi? Tetapi kalau wang sebanyak itu diagih kepada seribu rakyat miskin tentu lebih berbaloi !  Apa-apa pun diharap dato’ sudi memberitahu dari mana wang itu diperolehi. Peminat dan pembaca  juga nak tahu kenapa artis yang tak berapa  popular itu  diberikan wang sebanyak itu?    .


Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan