Jumaat, 25 Mei 2012

Jangan nafikan demokrasi !


Antara beberapa keluhan yang dikeluarkan oleh Datuk Mustapa Mohamed, ialah,.. pesara tidak berterima kasih kepada kerajaan. Pesara tidak mengenang budi sedangkan kerajaan telah banyak membantu mereka.

Datuk Seri Mustapa Mohamed, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri juga turut menyatakan kesalnya,. kerana tindakan bekas-bekas pegawai kerajaan dan segelintir selebriti yang menyertai Pas bukan untuk berdakwah,  tetapi hanya untuk berpolitik. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Penjawat Awam dan Pemimpin Tempatan Negeri Kelantan, di sini malam kelmarin..

"Kalau nak berdakwah tidak semestinya melalui PAS...boleh pergi ke masjid-masjid, menyertai Perkim atau sebagainya dan tidak perlu kepada parti politik," katanya lagi. Beliau macam tak pernah tahu yang Perkim dan kebanyakan badan dakwah adalah pro Umno atau ditaja oleh Umno   Jadi kenyataan menteri Umno ini amat tidak wajar.. beliau seolah-olah begitu takut dengan PAS. .

Rakyat sudah memberi peluang dan kepercayaan kepada kerajaan UmnoBn memerintah lebih dari lima puluh tahun. Jangan buat-buat tak sedar yang rakyat Malaysia kini semakin hari semakin cerdik,..boleh menimbang buruk dan baik. Mereka sedar kecurangan kerajaan Bn terlalu banyak,  ketelusannya boleh dikatakan zero !, Keburukan yang dilakukan kerajaan BN jauh lebih banyak dari kebaikannya.

“You give me I give you” saja tak cukup,..intergriti, ketelusan dan keikhlasan mesti ada

Kalau kerajaan beri kakitangan awam dan pesara RM1,000 setiap seorang sekali pun tetapi dalam masa yang sama kerajaan masih tak mengubah dasarnya yang menyeleweng, rasuah dan salahguna kuasa,   jangan harap rakyat nak menyokong BN. Perbetulkan dulu semua dasar,.campak jauh-jauh dasar kapitalis (mengkayakan si kaya, yang miskin semakin miskin). Buang semua yang buruk, buang semua kezaliman dan penipuan !. Kerajaan jangan ingat mulut rakyat boleh ditutup dengan duit atau dengan menghulurkan apa-apa bantuan !   Lebih-lebih lagi nak PRU ini,..rasuah politik oleh pihak kerajaan selalunya berleluasa !

Kalau rakyat dah bosan dan menyampah dengan kerajaan yang ada, apa salahnya rakyat atau pesara kerajaan menyokong dan memilih pembangkang.  Negara ini negara demokrasi,  rakyat bebas berpolitik !  bebas menganggotai mana-mana parti politik.  Rakyat berhak memilih pemimpin dan bebas memilih kerajaan,.. ia dijamin oleh perlembagaan   Justeru apa salahnya jika rakyat  memilih sebuah kerajaan yang baru?. UmnoBn tak perlu marah-marah,.. tetapi perlu muhasabah diri banyak-banyak !!

Oleh : rahimothman

1 ulasan:

  1. Dulu aku fikir Mustafa nilah menteri yang cerdik dalam UMNO, tapi nampaknya makin tua dia makin bangang.Inilah transformasi UMNO...yang cerdik jadi bangang.Dia cakap macam orang tak bersekolah, buat penat ye dulu pergi belajar ke luar negeri. Takkan lah tak boleh bezakan kerajaan dengan parti. Tu gaji yang awak dapat tiap2 bulan UMNO bayar ke? Malas aku nak panjangkan bila tengok mentality bangang menteri macam ni.

    BalasPadam