Anggota
polis ini kelihatan bangga dan seronok ketika membelasah peserta demo.
Perbuatan ganas polis ini memalukan! dan
menjatuhkan martabat polis. Mereka tak rasa malu perbuatan mereka dilihat oleh
orang ramai bahkan ditonton oleh seluruh dunia.
Sedih dan terkilan kita melihat adegan sebegini. Malang sekali,..
Malaysia yang mengaku sebuah negara maju, sebuah negara Islam dan sebuah negara
demokrasi, tetapi polisnya bersikap
samseng,… tak jauh bezanya dengan polis Israel.!!
Kepada
sekalian anggota PDRM yang berkenaan! Berbanggakah kalian menuruti saja arahan
pemerintah yang zalim? Seronok sangatkah kalian mentaati perintah orang atasan
hingga hilang perasaan belas dan ikhsan terhadap sesama insan? Anda sepatutnya melindungi rakyat, tetapi
nampaknya anda sedang memusuhi rakyat. Jelas sekali anda sekalian mahu bertinju
dengan rakyat, tetapi anda bersikap dayus !
anda pengecut!! Sebab? Kalian hanya berani sepuluh lawan satu !...
cukup memalukan!!
Perbuatan
kalian terhadap peserta demo bukan saja kejam, tetapi satu penghinaan. Mangsa
disepak dan diterajang macam anjing kurap!
Atau macam orang mengetuk kepala ikan keli! Kalian melakukannya dengan bangga dan
seronok seolah-olah kalian sedang menikmati hidangan ikan bakar ! Kalau beginilah cara anggota polis kita
menjalankan tugas, sah hati perut kalian
sudah hilang. Maka tidak hairanlah dua
orang anggota polis sanggup sanggup meletupkan jasad Altantuya satu ketika
dulu. .
Merujuk
kepada gambar di atas,..Mangsa ini kelihatan tak ada apa-apa senjata pun, jauh
sekali hendak mencederakan polis, kenapa sanggup diperlakukan begitu rupa? Sebagai manusia dan rakyat Malaysia yang
perihatin walau kita tak kenal siapa mangsa ini, namun rasa sedih dan terharu amat menerjah
dalam hati dan jiwa kita. Cuba bayangkan
kalau perkara ini berlaku kepada ahli keluarga kita sendiri!.
Sedih
dan amat mengecewakan ! Rakyat marhaen
yang ingin berkumpul untuk menyatakan protes hanya melalui suara, bukan guna
senjata atau buluh runcing,.. rakyat cuma mahu berkumpul untuk menagih haknya,
kenapa harus dinafikan? Sia-sia kerajaan
mengaku negara ini demokrasi,.. rupa-rupanya demokrasi telah dirogol dan
dicabul. DEMOKRASI dah hilang!,.. yang tinggal ialah KUKUBESI.
Oleh
: rahimothman...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan