nampak sikit anak jantan
Sampai
kucing bertanduk pun media milik Umno dan media pro kerajaan tidak akan
menyiarkan berita perbicaraan “kes scorpene”/ pembelian kapal selam secara
di bawah meja yang sedang berjalan di mahkamah Perancis sekarang.
Mereka
fikir mereka tak keluarkan berita penglibatan Najib dengan kes rasuah itu
rakyat tak tahu apa yang berlaku? Rakyat
tahu !!! Jangan menganggap rakyat
Malaysia bodoh!,..jangan anggap rakyat Malaysia masih di zaman tv hitam putih.
Ini zaman IT, zaman dasar langit terbuka.
Semua
berita, termasuk yang buruk dan yang baik boleh diketahui melalui internet. Jangan buat-buat tak tahu
yang rakyat Malaysia telah menikmatinya begitu lama. Utusan Malaysia, Bharian,
RTM dan TV3 sepatutnya mengubah dasar mereka kepada yang lebih terbuka, telus
dan bebas, bukan menipu dan membelenggu pemikiran rakyat!
Kes
rasuah pembelian kapal selam yang melibatkan PM Najib, Zahid Hamidi dan Razak
Baginda ini kini menjadi berita hangat diseluruh dunia. Media arus perdana tak
perlulah menyimpan atau menyembunyikan berita ini dengan cara tidak
menyiarkannya. Perbuatan itu dianggap tidak jujur dan sia-sia!.kerana rakyat
sudah tahu. Lagi pun, bukan senang nak menyorokkan kurap yang penuh
di badan ,..bukan senang nak menutup kemaluan Najib yang agak besar itu. Kain
penutup tak cukup panjang ! tutup atas, bawah nampak, tutup bawah, atas pula yang nampak.
Alang-alang
cuba menutup benda yang tak boleh ditutup,..ibarat menutup bangkai gajah dengan
nyiru,..lebih baik tak payah tutup. Ada
lebih baik media-media pengampu ini siarkan saja berita tersebut.
Setidak-tidaknya nampak juga sedikit sikap anak jantan mereka!
Oleh
: rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan