Apabila bekas ketua polis Negara Rahim Noor menggelarkan TG Nik Aziz sebagai “Bapak Kafir”, di mana suara atau komen dari Dr Hasan Akidah? Dimana suara Mufti Perak Dato’ Harussani? dan yang lain-lain?
Pemimpin-pemimpin Umno usah ceritalah,. pasti semuanya menikus! Majlis Fatwa pun sama!, sibuk dengan hal lain, sibuk yang kena tempat! “BERSIH pun mereka fatwakan haram!
Kepada Hasan Ali ! tolong bersihkan / perbetulkan akidah Rahim Noor. Nampaknya keceluparan mulut penyokong kuat Umno ini sudah melampau ! Kalau Hasan benar-benar ikhlas dalam perjuangan akidahnya buatlah sesuatu melalui mulutmu. Jangan sibuk menghentam PAS dan DS Anwar saja. Sebagai pejuang akidah, kalau kamu terus membisu, maka tak salah kalau orang berkata akidah kaum sendiri pun tempang!!
Di mana kau Hasan Ali ?, dimana kau Dato’ Harussani? Kemana perginya ulamak-ulamak Umno yang lain? Bersuaralah kamu, jangan menjadi seperti syaitan bisu. Tegakkankah kebenaran kerana Allah bukan kerana Umno dan bukan kerana Najib. Ingatlah ! di akhirat nanti gulungan andalah akan ditanya dulu oleh Allah, bukan rakyat marhaen.!
Oleh
: rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan