Umno
jangan membohongi rakyat khasnya orang Melayu, kononnya mereka akan menyambut
ulangtahun Umno kali ke-66 parti itu. Hakikatnya Umno asal sudah pun berkubur
pada 1987,.. Umno yang ada hari ini ialah Umno Baru. Rakyat tidak pernah lupa peristiwa
1987 di mana Mahkamah telah mengharamkan Umno.
Mengapa
Umno asal diharamkan semua orang tahu. Semuanya berpunca dari tindakan tidak
jujur Tun Mahathir yang mahu mengekalkan kuasa dengan menafikan kemenangan Tengku
Razaliegh dalam perebutan jawatan Presiden. Klimak kepada krisis ini akhirnya mahkamah
terpaksa mengharamkan parti Umno kerana berlakunya perlanggaran dalam perlembagaan parti.
Umno
jangan buat-buat lupa bahawa 13 Feb.1988 ialah tarikh Umno Baru didaftarkan.
Dan sesungguhnya tarikh 13 Feb 2012 yang lalu adalah hari ulangtahun ke-24 parti tersebut. Masih terlalu muda !!.
Presiden Umno Baru yang pertama siapa lagi kalau bukan Dr Mahathir (sekarang Tun), kedua Abdullah Ahmad Badawi dan ketikga (sekarang) Najib Tun Razak. Berbanding parti PAS yang lahir pada 1951 dan sudah mempunyai enam orang presiden, Umno hari ini baru berusia 24 tahun. Masih terlalu mentah!, sebab itulah kita tidak terkejut kalau pemimpinnya berdarah muda, gelojoh dan soal halal haram tidak diberi keutamaan, malahan dianggap remeh.
Lihatlah hari ini! Umno Baru semakin parah dan menunggu masa untuk rebah !! Umno asal yang kononnya lahir di Istana Johor telah mati berkubur!, yang tinggal hanya sejarah. Tetapi mahukah Umno mengaku yang mereka baru berusia 24 tahun?
Oleh
: rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan