Khamis, 3 Mei 2012

Ibrahim Ali mimpi,..jadi penasihat PM?


Sudah begitu lama Najib tercari-cari  tarikh yang sesuai untuk membubarkan parlimen sekali gus menentukan juga tarikh pilihanraya Umum / PRU ke-13, namun sampai hari ini Najib masih belum mendapat ilham!

 

Tiba-tiba si mamat kaki tidur ni (Dato’ Ibrahim Ali al kataki) memberi cadangan kepada Najib agar PRU diadakan dalam masa yang terdekat ini. Sekaranglah masa terbaik mengadakan PRU,.. katanya  

 

Kah, kah! Kah ! Sejak bila pulak Najib melantik si mamat ni menjadi penasihatnya? Mahukah Najib menerima pandangannya? Kasihan Ibrahim anak  Ali !  ahli parlimen Pasir Mas ni,.. penat menjual idea,.. Najib tak layan pun. Nampaknya dah berbagai ikhtiar dilakukan oleh Dato’ Ibrahim Ali al kataki ini dalam usaha untuk memikat hati Najib,. kut kut dapat menjadi calun.

 

Tetapi yang lebih kita kasihan ialah Dato’ Najib sendiri! Beliau dah pening kepala kerana mencari tarikh PRU ke-13  masih tak jumpa-jumpa. Tempoh sehingga Mac tahun depan (2013) dah semakin dekat.!  Sebenarnya memang dah tak ada tarikh yang sesuai pun, Najib sememangnya sentiasa dalam keadaan tertekan, masaalah dirinya sendiri banyak tak selesai! terutama kes kapal selam scopene dan kes pembunuhan Altantuya.

 

Sokongan rakyat hingga saat ini masih berpihak kepada PR. Kekurangan dan kepincangan kerajaan BN belum dapat ditutup,  manakala kekotoran dalam SPR masih belum dibersihkan lagi. Itulah hakikatnya dengan senario hari ini,..dan mungkin Allah dah tentukan bahawa Najib akan menjadi ketua pembangkang pula selepas PRU ke-13 nanti.. 


Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan