Dato’ Harussani Zakaria sepatutnya menjadi
ahli politik,.. bukan Mufti, kerana
tindak-tanduknya akhir-akhir ini condong
kearah politik.
Sebagai
seorang Mufti , beliau sepatutnya perlu lebih fokus dalam hal-hal yang
berkaitan dengan agama, tetapi beliau seolah-olah
membiarkan dirinya terjebak dalam kancah politik. Hujjah dan kenyataannya sering berbau politik, pendiriannya pula sentiasa berpihak kepada UmnoBn. Kerapkali juga beliau menentang dasar PAS,
dan kerapkali juga beliau menentang hujah
pemimpin-pemimpin PAS termasuk TG Nik
Aziz Mursyidul 'Am PAS.
Yang peliknya Umno yang terang-terang tidak mahu kepada dasar Islam, parti itu yang disikongnya.Parti PAS yang berjuang untuk semua rakyat Malaysia tak kira bangsa dan agama beliau perlekeh! Sikapnya sama macam sikap orang Umno yang suka mengutuk parti PAS. Semangat ketuanan Melayunya juga amat tebal seperti mana orang Umno.
Setahu
kita, Mufti negeri lain jarang kita dengar membidas atau menghentam pembangkang
khasnya parti PAS. Berbeza sekali dengan Mufti Perak ini!,.,. namun sikap berani beliau tak kena tempat! Beliau berani menegur atau memprotes hanya
kepada kepada parti pembangkang. Untuk menegur kecurangan dan kemungkaran pemimpin
Umno beliau amat amat takut sekali,.. kecut telur !, ibarat telur
termasuk kedalam, atau ibarat kura-kura
menyorokkan kepalanya.
Elok
rasanya tuan Mufti ini istihar dirinya ahli
Umno, kemudian minta Zamri Kadir atau Najib cadangkan beliau menjadi calun dalam PRU ke-13 nanti. Kalau menang,. cerah masa depan – dapat jadi MB
Perak !
Oleh
: rahimothman
Muadz bin Jabal membahagi ulama su’ di dalam tujuh tingkatan neraka.
BalasPadamTingkat pertama: ulama yang jika mengingatkan manusia, ia bersikap kasar; jika diingatkan manusia, ia menolak dengan tinggi hati.
Tingkat kedua: ulama yang menjadikan ilmunya alat untuk mendapatkan pemberian penguasa.
Tingkat ketiga: ulama yang menahan ilmunya (tidak menyampaikannya).
Tingkat keempat: ulama yang memilih-milih pembicaraan dan ilmu guna menarik wajah orang-orang dan ia tidak memandang orang-orang yang memiliki kedudukan rendah.
Tingkat kelima: ulama yang mempelajari berbagai perkataan dan pembicaraan orang Nasrani dan Yahudi guna memperbanyak pembicaraannya.
Tingkat keenam: ulama yang mengangkat dirinya sendiri seorang mufti dan ia berkata kepada orang-orang, “Bertanyalah kepadaku.” Orang itu ditulis di sisi Allah sebagai orang yang berpura-pura atau memaksakan diri dan Allah tidak menyukai orang demikian.
Tingkat ketujuh: ulama yang menjadikan ilmunya sebagai kebanggaan dan kepuasan intelektual saja.
Kerana semua itu, al-Ghazali mengingatkan, “Hati-hatilah terhadap tipu daya ulama su’. Sungguh, keburukan mereka bagi agama lebih buruk daripada syaitan. Sebab, melalui merekalah syaitan mampu menanggalkan agama dari hati kaum Mukmin. Atas dasar itu, ketika Rasul saw ditanya tentang sejahat-jahat makhluk, Beliau menjawab, “Ya Allah berilah ampunan.”
Beliau mengatakannya sebanyak tiga kali, lalu bersabda, “Mereka adalah ulama su’.”