Jumaat, 4 Mei 2012

Najib cuba keliru dan bodohkan Rakyat

 

Najib bermimpi?  atau sememangnya PM kita bengap !!  Hari ini, Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan begitu ghairah menuduh perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi.

 

Terbukti, Najib cuba menyelewengkan fakta,.. Najib buat-buat tak faham apa kehendak rakyat. Satu dunia dah faham  tapi Najib berdegil tak mahu faham. Mesej atau permintaan rakyat cukup mudah ! budak darjah enam pun faham!!   Rakyat mahu satu  "sistem pilihanraya yang BERSIH dan  ADIL", bukan untuk mengguling kerjaan yang ada.

Dengan nada yang penuh hipokrit Najib sebenarnya cuba menghasut rakyat untuk membenci BERSIH. Najib bermatian-matian mempertahankan  SPR yang korup untuk terus menjadi kuda tunggangan UmnoBn.  Wahai Dato’ Seri Najib!,.. Janganlah cuba mengeliru dan membohongi rakyat lagi! Sedar dan insaflah !  Umno parti kesayangan anda sememangnya kotor, ditambah pula mengidap penyakit kanser tahap empat.  Umno hanya menunggu saat untuk ditalkinkan!!

 

Untuk renungan kita kembali,.. pada PRU 2008 dulu, sebenarnya UmnboBn sudahpun tumbang di Semenanjung. UmnoBn dapat membentuk kerajaan pusat semata-mata kerana adanya sokongan Sabah dan Sarawak.  Tanpa Sabah Serawak, UmnoBn  sudah pun meninggalkan Putrajaya.

Oleh : rahimothman



Tiada ulasan:

Catat Ulasan