Sabtu, 19 Mei 2012

Hero senaman punggong nak serang Khairy ?


Hati-hati Khairy Jamaludin ! khabarnya hero senaman punggong merangkap ketua bekas-bekas pesara tentera ini akan menyerang anda.

Mereka mahu mengadakan senaman punggung di depan rumah anda pula sebagai tanda protes kepada anda yang tidak menyokong perbuatan mereka.

Mereka anggap tindakan mereka menggoyang punggong di depan rumah Ambiga pengerusi “BERSIH3” itu tindakan yang bijak,..  sedangkan Khairy menganggap perbuatan mereka bodoh, memalukan  dan  nampak kebudak-budakan.
 
Duhai ketua persatuan bekas askar pencen!!  Sebenarnya tindakan anda dan kumpulan anda itu tak ada siapa pun yang sokong. Malu orang nak sokong !. Barangkali Najib pun tak suruh kalian buat begitu !  Barangkali rakan-rakan anda yang lain (yang cerdik sikit) juga tak setuju dengan perbuatan kalian,.. kalau tidak,.  takkanlah 15, 16 orang saja yang hadir? Buat apalah kalian bersusah payah melakukannya semata-mata kerana syok sendiri !  perasan sungguh lah kalian ! .   

Sedarilah wahai askar-askar tua yang dah hilang rasa malu. Perbuatan kalian menggambarkan kelemahan kalian sendiri,  menggambarkan kerendahan mentaliti kalian sendiri. Cukup-cukuplah tu. Malu bangsa kita(Melayu)  dilihat oleh kaum lain lebih-lebih lagi kaum yang sebangsa dengan Ambiga.

Oleh : rahimothman

1 ulasan: