Khamis, 31 Mei 2012

Senam punggung: Tak kisahlah ahli Umno atau tidak !!


Perbuatan tetap lucah ! aibkan diri, Melayu dan Islam
Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Mohd Ali Baharom yang mengepalai  ‘senaman punggung’ di hadapan rumah Datuk S Ambiga Pengerusi Bersama BERSIH 3, pada 15 Mei lalu menegaskan beliau bukan ahli Umno. “ Saya buat kerja dengan betul “ katanya..

PVTM bertindak atas dasar kami sebuah persatuan yang menyokong kerajaan dan tidak ditaja oleh mana pihak,  katanya lagi
 
Sedarkah kamu, bahawa kamu telah meletakkan taraf kamu dan kumpulan kamu ketahap yang amat rendah sekali!  Ada banyak lagi badan NGO yang sokong kerajaan, tapi mereka tak buat kerja bodoh macam ni melainkan kamu dan kumpulan heret kepala lembu depan pejabat MB Selangor satu ketika dulu.

Bercakap pasal penaja – memang takkan ada orang yang sudi menaja senaman bodoh itu. Jangan perasan lah !  Bercakap pula soal ahli Umno atau bukan ahli,  itu tak penting!  Yang penting kamu sebagai individu Islam perbuatan kamu membuat senaman punggung di depan rumah orang tu tak manis, tak sopan !  jijik dan memalukan. Anda telah mengaibkan bangsa dan agama sendiri !  

Kamu kata  kerja yang kamu buat itu betul !  Siapa yang kamu rujuk?  Najib ?,Jamil Khir? Datuk T? atau Zahid Mat Arif - Mursyidul Am TIBAI ? Sepatutnya tanya dulu imam-imam muda yang ramai dalam Umno.  Imam muda Fathul Bari tentu boleh nasihat !!  

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan