Isnin, 21 Mei 2012

Tunggu Anwar kedalam, baru Najib nak bubar?!


 Kerajaan dakwa Anwar, Azmin dan Cikgu Bard kerana sertai BERSIH 3
 
Buliten Utama TV3 malam tadi menyiarkan berita dimana kerajaan akan mendakwa tiga pemimpin PKR - Anwar, Azmin dan Cikgu Bard kerana terlibat dengan perhimpunan “BERSUH 3 “ tempoh hari.  Oooo rupanya Najib tunggu benda ni selama ni! ,… patutlah masih tak berani bubar parlimen untuk tentukan tarikh pilihanraya.

Apa-apa pun  berita ini bukan sesuatu yang mengejutkan!  kerana saat-saat nak pilihanraya ini macam-macam dan apa saja UmnoBn akan buat untuk melemahkan pembangkang,  dan dalam masa yang sama mereka percaya dan berharap rakyat akan menyokong mereka.  Cis ! mana mungkin !  kerana rakyat dah kenal Najib ialah PM haram jadah,  kerajaannya juga kerajaan haram jadah!
 
Maka dalam masa terdekat ini akan terdakwalah ketiga-tiga pemimpin PKR tersebut.  Mudah-mudahan  dengan persiapan yang diatur rapi oleh pihak pendakwa yang selama ini sering berpihak kepada Najib Umno dan BN, akan tercapailah separuh dari hasrat mereka untuk melumpuhkan PKR . Najib tentu sedang berkira-kira,  sempat atau tidak dia nak mencampakkan Anwar ke penjara sekali lagi!

Wahai TV3, Najib dan UmnoBn !  buatlah apa pun.  Seandainya DS Anwar dipenjarakan gara-gara permainan kotor kalian,  insyaAllah sokongan kepada Pakatan Rakyat  akan meningkat berkali-kali ganda.  Terima kasih kerana kalian telah mempermudahkan lagi laluan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan