Apa muslihat sebenar Tamrin ?
Hala
tuju Tamrin Ghafar anak kepada bekas Timbalan
Perdana Menteri allahyarham Tun Ghafar Baba masih kurang jelas, walau
akhir-akhir ini kenyataannya banyak perpihak kepada pembangkang - Pakatan
Rakyat.
Menurutnya,.
walau pun beliau masih menjadi ahli Umno tetapi beliau tidak bersetuju dengan tindak- tanduk pemimpin Umno yang membiarkan
rasuah dan penyelewengan berleluasa. Hala tuju Umno juga katanya semakin
tersasar dan tidak relevan dengan politik arus perdana.
Rasanya
sudah lama juga beliau berjinak-jinak dengan Pakatan Rakyat. Majlis-majlis ceramah parti pembangkang sering
dihadirinya, malahan pernah beliau turut sama memberi ceramah. Yang kita sangsi,.. kenapa beliau masih belum
mahu meninggalkan Umno dan menyertai Pakatan Pembangkang.
Kalau
melihat kepada sejarah dan fakta,.. bapanya allahyarham Tun Ghafar Baba memanglah
merupakan pemimpin Umno sangat tebal dan kental semangat Umnonya,.. begitu juga dengan anak
saudaranya Zahid Mat Arif, yang pernah sertai PKR kemudian masuk semula kedalam
Umno. Bagi Tamrin kalau benar-benar beliau
akan meninggalkan Umno dan masuk PKR, ia
bukanlah sesuatu yang mengejutkan, kerana
dalam setandan kelapa tak mungkin semuanya sama.
Persoalannya,..
sampai bila kita harus menanti kemana halatuju politik si Tamrin ini? Apa lagi yang mahu ditunggunya? Seperti kata
Dr Mahathir Umno sudah busuk sampai keusus! Kenapa Tamrin takut sangat nak
meninggalkannya dan masuk saja PKR, PAS
atau DAP? Kalau Tamrin masih menyimpan
muslihat atau bermain teka-teki, Pakatan Rakyat harus lebih berhati-hati !!
Oleh
: rahimothman .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan