Selasa, 29 Mei 2012

Pemimpin lawat orang sakit : Shabery pertikai ?


Dalam pemikiran orang Umno pemimpin,. pembangkang seperti Haji Hadi, Nik Aziz, Lim Kit Siang,  Wan Azizah atau siapa saja tidak boleh melawat rakyat Malaysia yang dalam kesusahan atau mendapat kemalangan, walaupun ingin membantu.

Walhal sebagai seorang manusia normal,.. bersifat perihatin dan simpati bukan sesuatu yang luar biasa. Melawat atau menziarahi orang dalam kesusahan, orang sakit atau ditimpa kecelakaan adalah amalan yang mulia disisi agama Islam, malahan mana –mana agama pun. 

Orang yang dilawati pula pasti tidak ada sikap memilih-milih terhadap orang yang melawatnya. Lagi ramai orang melawat,.   lagi mereka gembira dan berbesar hati.  Apatah lagi kedatangan mereka  membawa niat baik  untuk membantu  sebagaimana yang dilakukan oleh dua pemimpin Pakatan Rakyat ini. (gambar)

Dua Naib Presiden PKR,  Nurul Izzah Anwar dan N. Surendran telah melawat mangsa kemalangan lumba kereta / drag di Hospital Putrajaya kelmarin.  Mereka amat bersimpati  dan benar-benar berharap agar penyiasatan penuh perlu dijalankan.  Mereka juga bersedia menawarkan bantuan guaman kepada mangsa  jika  diperlukan.

Ini respon Shabery Chik tehadap lawatan mereka
Selama ini kita sangka Shabery Chik pemimpin Umno yang berfikiran terbuka, lebih-lebih lagi setelah beliau menyambut cabaran debat DS Anwar Ibrahim satu ketika dulu,.. rupa-rupanya tidak !! Ini komen beliau  terhadap kehadiran dua pemimpin PKR yang melawat mangsa kemalangan.

"Kalau dia benar-benar ikhlas sepatutnya dia turut melawat polis dan wartawan yang cedera akibat dipukul peserta perhimpunan Bersih baru-baru ini," katanya kepada pemberita di Putrajaya kelmarin
Masyaallah,  bengapnya menteri ini !  Janganlah samakan  kejadian di himpunan BERSIH dengan kemalangan di lumba kereta drag hari Belia !   Kalau betul pun ada polis cedera semasa himpunan BERSIH,.. itu mereka yang sengaja tempah !    

Tidak wajar Menteri Belia dan Sukan DatukShabery Chik, bersikap  negatif atau berprasangka tidak baik terhadap lawatan dua pemimpin PKR itu.  Mereka adalah salah seorang pemimpin kepada  rakyat Malaysia ,.. sama macam Shabery!  Pemimpin ziarah atau bantu rakyat yang malang adalah sesuatu yang biasa dan wajar,  apatah lagi kalau kecelakaan berpunca dari pihak kerajaan sendiri!   Sepatutnya  kalau sama-sama pemimpin,   buatlah sesuatu yang terbaik untuk rakyat,. Tak payah bersangka buruk,  tuduh dan perli  pihak lain !!  Masing-masing berhak ambil tahu masaalah rakyat ! .

Dalam kejadian yang berlaku di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 tengah malam kelmarin, seramai 17 penonton perlumbaan drag yang diadakan sempena “himpunan sejuta belia” telah mengalami kecederaan,  termasuk empat yang parah apabila sebuah kereta yang menyertai  acara tersebut hilang kawalan lalu terbabas menuju kearah penonton.   Kerajaan mesti bertanggungjawab sepenuhnya!, dan tidak lepas tangan !                oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan