Tindakan
segelintir bekas tentera (veteran tentera) dalam lengkongan tak sampai 20 orang,
berkumpul dan membuat aktiviti senaman separuh lucah dan bercakap dalam bahasa
yang lucah di depan rumah Ambiga amat lucu dan memalukan. Jelas perbuatan mereka
memperlihatkan kebodohan mereka sendiri.
Kononnya
mereka ini marah sangat dengan dengan Ambiga peguam wanita berhati waja itu,
kerana berjaya mengetuai himpunan “BERSIH 3” tempoh hari.
Duhai
pesara-pesara tentera yang dah lanjut umur tetapi perangai macam budak-budak. Fahami dan
sedarilah bahawa Ambiga bukanlah pengkhianat.
Kenapa marahkan Ambiga sedangkan
beliau berjuang menegakkan keadilan untuk seluruh rakyat Malaysia? Kalian tak nampakkah betapa ramainya rakyat Malaysia menyertai himpunan BERSIH 3 tempoh hari? Betapa ramainya
pemimpin-pemimpin pembangkang yang terlibat,
betapa ramainya ahli dan pimpinan NGO yang turut serta?
Kalian
betul-betul bukan anak jantan,..kalian sebenarnya pondan kerana menunjukkan berani kepada seorang perempuan!. Kenapa tak tunjuk protes didepan rumah Sasterawan
Negara Dato’ Samad Said? kerana beliau juga adalah pengerusi bersama “BERSIH 3”?
Kenapa tak tunjuk protes didepan rumah
Anwar?, rumah Mat Sabu? rumah Tian Chua dan lain-lain pemimpin
pembangkang?
Persoalan
(1) : Kepada ketua kumpulan ini (gambar) teman nak tanya.
Adakah bekas-bekas tentera ini tak tahu
menilai antara kerja kotor dan kerja bersih? Niat yang kotor dan niat yang
bersih?
Persoalan (2) : Kepada ketua kumpulan ini ! Untuk tujuan apa kalian menayangkan gambar
punggung kepada khalayak termasuk Ambiga? Apa kena mengena gambar punggung dengan
himpunan “BERSIH 3” Peserta BERSIH sudah pasti mahukan yang bersih
, tetapi kalian pula tak mahu kepada yang bersih. Maknanya kalian suka dan mahu
kepada yang KOTOR. Kan pelik bin ajaib?
Persoalan (3) : Kalian memberitahu yang kalian semua nak
bersenam punggung di depan rumah Ambiga. Kalian pun menonggeng dan
menggoyangkan punggong. Lagi sekali aksi kalian kelihatan janggal, lucu dan
jelik! Apa kena mengena senaman punggung
dengan himpunan “BERSIH 3”? Kalau lembu Shahrizat nampak mereka pun akan
ketawa!
Persoalan (4) : Berulang-kali kalian menyebut, kalian sayang PM, kalian sayang Najib!, sayang Najib ! Lantak le kalian nak sayang siapa pun. Apa
kena mengenanya sayang Najib dengan protes yang dibuat oleh BERSIH untuk menuntut
keadilan? Nampak sangat bekas-bekas tentera bengap lagi biul !!
Kepada
semua veteran tentera yang membuat senaman punggung di depan rumah Ambiga
tempoh hari, teman nak bagitahu,… tujuan
himpunan “BERSIH 3” diadakan,,…. ialah untuk mendesak kerajaan dan SPR
melaksanakan proses pilihanraya yang adil,saksama dan telus,.. bukan proses
yang kotor seperti yang berlaku sebelum ini.
Senaman
punggung dan gambar punggung yang kalian bawa itu tak ada kena mengena dengan
tuntutan BERSIH. Eloklah dibawa balik
dan tampal di rumah masing-masing. Kalau
tujuan murni yang begitu mudah difahami inipun kalian tak boleh faham lebih baik kalian hidup dalam hutan – berkawan dengan RIMAU yang ganas.
Oleh
: rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan