Sabtu, 5 Mei 2012

Utusan, TV3 bangga mengaibkan musuh Umno

Utusan tak serik walaupun pernah dikenakan saman oleh mahkamah!

Utusan Malaysia bangga mendedahkan aib orang lain terutama musuh Umno!  Dan yang paling penting Utusan sangat berbangga apabila dapat menyiarkan berita palsu yang sengaja direka atau mereka mengutipnya dari sumber-sumber yang tidak boleh dipercayaai.  

 

Dulu gambar palsu Anwar disebarkan kononnya ketua pembangkang itu terlibat dengan video seks. Rakyat menolak bulat-bulat cerita palsu itu,.dan kini Utusan mengulangi kerja kotor itu lagi dengan mengaitkan Azmin Ali pula.

 

Berhubung dengan penyiaran gambar dan berita yang cuba mengaibkan Azmin ini, khabarnya Azmin sudah menyaman Utusan sebanyak RM100 juta. Sebelum ini saman denda pernah beberapa kali dikenakan keatas Utusan kerana menyiarkan berita finah, namun mereka tidak pernah merasa serik. Bagi mereka,.. agaknya berapa pun saman denda dikenakan mereka tak takut,  mereka boleh bayar! Yang penting matlamat untuk memalukan seseorang itu berjaya dilakukan !

 

Sesungguhnya berjayakah mereka?  Ya, mereka berjaya menyiarkan berita fitnah yang panas dengan harapan untuk menjatuhkan maruah seseorang,.. tetapi mereka GAGAL  mengaibkan orang yang dimaksudkan,.. dan mereka juga  GAGAL mengembalikan semula sokongan rakyat kepada Umno dan kerajaan BN. Semuanya kerana rakyat dah menyampah dengan Umno dan BN termasuk seluruh media cetak dan elektronik yang mengampu Umno dan kerajaan.

 

Sampai bila Umno nak berubah?  Sampai bila Utusan, Bharian, RTM dan TV3 nak berubah? Mungkin semuanya akan berubah hanya setelah parti Umno berkubur!!

 

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan