Khamis, 24 Mei 2012

Kaki temberang atau kaki kelentong?


Difahamkan dia ni taukeh besar, tapi mengaku penjaja jalanan !
 
Namanya seperti yang sudah diketahui umum ialah Datuk Jamal Md Yunus – datuk sah atau datuk beli, kurang pasti.  Dia ni ketua anti himpunan BERSIH tapi jenis muka tak tau malu,.. kerana memakai T Shirt kuning berwarna BERSIH !   Sepatutnya T Shirt mereka berwarna merah Umno dan tertera perkataan KOTOR. Bukan copy paste hak orang lain!

Orangnya  nampak segak, tapi ni tak cerdik mana pun. Sebab itulah  antara bersih dan kotor  dia pilih yang kotor!  Segan nak bagi tahu masyarakat keliling mereka ni sukakan kotor – mereka istihar diri mereka anti bersih!  SAMALAH LAH TU, ANTI BERSIH DENGAN SUKA KOTOR.

Lagi satu MAMAT ni tak tau nak cipta identiti sendiri,.. yang dia tahu hanya meniru !! Orang suka meniru ni  ialah ciri-ciri seorang penipu.  2x5 lah dengan orang Umno maupun penyokong tegar Umno. Selagi mereka berdarah keturunan Umno, bab-bab menipu ni dah jadi sebati, macam aur dengan tebing ! tak dapat dipisahkan!  Susah nak cari spesis jenis ni yang tak menipu! .  

Berbalik kepada cerita si MAMAT ni. Barangkali dia ni adalah salah seorang usahawan muda ciptaan Umno. Kalau ikutkan ceritanya dia ni usahawan yang agak hebat juga,  tetapi mengaku law profil, mengaku dia adalah penjual nasi lemak tepi jalan. Kemudian dengan sewenang-wenang pula mengaku dia mengalami kerugian besar kerana tak dapat niaga nasi lemak dihari himpunan BERSIH 28 April lalu. Kesiann dia ni,.. nak menipu,. Tapi orang tahu dia sedang menipu!!

Dan yang terbaru, kepada peminat-peminat Facebooknya  dan penyokong-penyokong ANTI BERSIH  (suka kotor),   dia menawarkan hadiah dua buah kereta mewah untuk cabutan bertuah. Wow !!  Mula-mula dia kata perniagaannya rugi besar,  tiba-tiba nak beri hadiah mewah? Boleh percaya ke???

Oleh : rahimothman



Tiada ulasan:

Catat Ulasan