Rabu, 16 Mei 2012

UmnoBn zalimi rakyat secara halus dan terang-terang

 

Hari ini rakyat Malaysia umumnya,  dan orang Melayu khasnya dah sedar, bahawa mereka telah ditindas dan dizalimi secara halus oleh kerajaan UmnoBn. Tidak kurang juga kezaliman yang dilakukan secara terang-terang seperti polis tembak penjenayah yang tak pasti, polis pukul orang awam,  kerajaan rampas tanah rakyat  kerajaan naikkan harga barang,  kerajaan paksa siswa-siswi berhutang dan berbagai lagi. Namun kerajaan UmnoBn tetap tidak mengaku yang mereka telah melakukan penipuan dan kezaliman.

                               Kerajaan UmnoBn dengan sedaya upaya cuba menutup setiap kelemahan, kesongsangan dan kecurangan mereka semasa berkuasa!  Untuk mengekalkan kuasa mereka sanggup berbohong dan terus berbohong dengan menimbulkan isu-isu perkauman, agama dan sebagainya.

 

Bila tiba musim pilihanraya mereka memberi rasuah kepada rakyat  dalam berbagai bentuk dan rupa. Tujuannya tiada lain nak memujuk hati rakyat!  dengan harapan rakyat lupa mereka telah ditipu dan dizalimi,  sambil mengharapkan rakyat tetap mengundi UmnoBn. Syukur, rakyat dah sedar dengan  tipu daya UmnoBn ini,  tetapi agak malang kerana masih ada rakyat yang sanggup berterima kasih semata-mata kerana termakan budi.

 

Jangan hati kamu menyembelahi orang yang melakukan kezaliman. Menyokong orang yang melakukan kezaliman neraka jawabnya. Ini Allah yang kata,.. bukan PKR yang kata, bukan DAP yang kata dan bukan PAS yang kata – FIKIR-FIKIRKAN LAH.


Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan