Rabu, 23 Mei 2012

Lakunan Ahli Umno ini menjadi, tetapi..


orang ramai dah tahu “u turn” pasti berlaku !

Zamhuri Md Zin  Naib Ketua Pemuda UMNO Kampar, baru-baru ni buat kecoh dalam satu majlis. Dia bagaikan gajah naik minyak,.. , macam orang gila babi pun ada !   marah sangat kat  kerajaan Umno.  kerana kononnya jasa beliau  dalam Umno tidak dihargai,  permohonannya tidak dipedulikan.  Jelas,.. beliau ini spesis yang mengutamakan  politik perut !.  


Dalam dia memaki hamun dan  menghamburkan kata kurang sopan  terhadap kepimpinan Umno sempat dia memuji-muji  parti DAP.  Dalam masa yang sama mencabar mahu  meninggalkan  Umno dan menyertai DAP .  Begitulah hebatnya  sandiwara orang Umno.
 
Mujur PKR tidak terpengaruh dengan lakunan hebat beliau !  Orang  ramai dah boleh mengagak,.. dari  sikap dan  tindak-tanduknya,.. memang susah nak percaya kejujuran kata-katanya.  Dari patah-patah perkataan yang keluar dari mulutnya kita dah boleh nilai manusia jenis apa dia ni!.  Dia mahu mengambil perhatian orang atasan sebenarnya,.. mungkin ketua bahagian, mungkin MB Zamry,  mungkin juga Najib bapak presiden !!


Nah!  hari ini kan dah terbukti?  Belumpun habis makan sepinggan nasi  si mamat ni dah menjilat jari !  Tergesa-gesa menukar kenyataan atau membuat / “u turn” . Belum  lagi kering bibir mengucapkan kata-kata aku benci Umno!  Umno parti tak guna !  akhirnya dia mengaku kalah – mengaku insaf dan menyesal segala kutukannya kepada Umno.  , Sekali lagi lakunannya yang diiringi air mata itu berhasil.  Namun kita yang melihat,… merasa sedikit jijik dan meloyakan!   


Apa-apa pun,  pusingan U yang dibuat  Naib Ketua Pemuda Umno Kampar ini tentu bersebab. Tidak mustahil  ada janji-janji manis atau habuan besar dari pihak yang lebih atas. .  Dan kita tidak pernah lupa sejarah lucu berlaku di Perak pada 2009 dulu,..  ADUN Umno kawasan Bota  yang beriya-iya  istihar dirinya melompat ke PKR,.last-last belum sempat menghabiskan sebatang rokok , tau-tau dah masuk balik dalam Umno.  Memang susah nak percaya kejujuran orang Umno.


Oleh : rahimothman


Tiada ulasan:

Catat Ulasan