Ahad, 27 Mei 2012

Cuma Saifudin bersikap anak jantan,..


lain-lain pemimpin  Umno semua tak ada teloq

Ramai pemimpin Umno termasuk ahli gustinya merangkap s/u agong Umno Datuk Adnan Mansor tak bersetuju Najib berdebat dengan Anwar.

Kenapa mereka tidak setuju? Mudah! Itu satu cara pengakuan berterus terang,.. bahawa  mereka adalah spesis manusia yang tak ada teloq!, atau teloq sentiasa tersorok kat dalam,.bukan anak jantan!!  
 
Kecuali yang seorang ini -  iaitu Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Dalam banyak hal atau isu beliau ni dilihat lebih terbuka. Terbaru beliau berkata,..beliau bersetuju dengan cadangan pengerusi  “debat Rafizi – Khairy” agar Najib sudi berdebat dengan  DS Anwar. Hasrat ini bukan saja datangnya dari DS Anwar sendiri, bahkan dari banyak pihak. Sepaturnya pemimpin Umno memberi respon yang positif ,.. bukan bersikap pengecut!

Kenapa pemimpin Umno takut sangat nak berdebat? Berdebat hanya berhujjah,! bukan bertumbuk, bukan berperang!  Ia lebih banyak mengulas dan mengupas serta menggalakkan percambahan minda. Hairan betul,, mengapa benda yang sihat begini Umno merasa takut?  Betul kata Mahathir,  bahawa Umno sudah kepupusan pemimpin berkualiti.

Berbalik kepada isu debat. Ia bukan untuk mencari siapa menang siapa kalah,tetapi untuk memperjelaskan  kepada seluruh rakyat isu-isu penting, dasar-dasar utama dan hala tuju Negara. Kalau Najib betul-betul hebat, kalau UmnoBn betul-betul kuat, ambillah peluang ini untuk memperjelaskan kepada rakyat. Peluang ini juga Najib boleh guna untuk menafikan dengan fakta bahawa PR bukan sebuah kerajaan yang baik, sebaliknya BN jauh lebih baik!.

Apabila respon Najib sangat negatif, sahlah!  Najib adalah manusia penakut!  Confirm teloqnya tinggal satu atau tak ada teloq  langsung! sebab itulah beliau mengerahkan orang lain menjawab   bagi pihaknya. Maka banyaklah alasan yang diberi,…debat bukan budaya kita lah, Anwar tak layak berdebat dengan Najib lah dan berbagai lagi.

Rakyat hanya mampu tersenyum,.. dalam hati berkata,.. ooo begini rupanya PM kita ! Patutlah dia suka sangat nak pegang jawatan menteri wanita, gantikan Shahrizat! (menteri wanita yang cuba jadi jantan tapi tak boleh).

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan