Rabu, 30 Mei 2012

Murahnya nilai bekas pemimpin DAP ini

 
Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim bercakap di hadapan sekumpulan wartawan semasa sidang media  berhubung isu berbangkit terhadap sikap dan pendirian beliau - di kediamannya di Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur.

Tentang BERSIH :   Beliau mendakwa,  DAP telah memanipulasikan kenyataan dan pendiriannya  berhubung Bersih 3.0.  Kamu sebenarnya yang telah memberi bola tanggung kepada media UmnoBn. DAP tidak memanipulasi kenyataan kamu! sebaliknya UmnoBn telah merebut peluang untuk menghentam kamu,  DAP dan Pakatan Rakyat hasil dari kesilapan mulut kamu.

Tentang “BERSIH”  : "Saya sokong Bersih tapi saya tidak sokong tindakan mereka yang mahu melanggar undang-undang negara iaitu merempuh Dataran Merdeka," katanya.                   Oooooo, melanggar undang-undang negara ! Pemimpin UmnoBn tak pernah langgar undang-undang negara ke? Polis sendiri tak pernah langgar undang-undang ke?  Bab langgar undang-undang  negara ini  UmnoBn dan PDRM pun biasa buat,  cuma mereka tak pernah nak mengaku!

Mentadbir sebuah negara pelbagai kaum seperti Malaysia bukan tugas mudah dan hanya parti atau kerajaan yang mempunyai pengalaman serta rekod cemerlang sahaja mampu meneruskan keharmonian yang dinikmati pada hari ini.  Anda tidak silap,  anda dah buat pilihan yang betul!!  apabila anda  berada dalam DAP dan Pakatan Rakyat,.. kenapa baru sekarang tiba-tiba anda macam tersedar dari mimpi  bahawa kononnya,..     BN lah parti yang mempu memerintah negara ini, bukan Pakatan Rakyat. Tentu anda telah telah dirasuk oleh hantu Umno

Justeru rakyat tidak boleh membuat eksperimen terhadap nasib dan masa depan negara pada pilihan raya umum akan datang kerana kesilapan membuat keputusan bakal menjerumus Malaysia ke dalam situasi tidak menentu seandainya parti dipilih belum bersedia.   Ini bukan eksperimen,.. ini kepastian ! Rakyat dah pasti mereka tidak tersilap,.setelah 54 tahun mereka buat silap.  Kali ini tepat dan betul !  PR sudah bersedia dan rakyat wajib memilih kerajaan  baru - Pakatan Rakyat.  Kalau terus memilih BN yang kotor dan berpenyakit, berpenyakitlah kita. Takkan rakyat sebodoh itu,...

Sehingga kini pakatan pembangkang yang bercita-cita mahu menggantikan Barisan Nasional (BN) masih lagi bertelagah mengenai soal pembahagian jawatan sehingga gagal membentuk Kabinet bayangan.
Siapa yang kata pembangkang bertelagah?  Sebenarnya kamu yang kata, kerana mengikut skrip yang telah disediakan oleh Umno. Persefahaman dan kesepakatan  dalam Pakatan Rakyat cukup kental,..kalau tidak takkan dari zero kini dah perintah empat buah negeri!

Oleh : rahimothman



Tiada ulasan:

Catat Ulasan