Setelah
didesak oleh S/u agong PKR akhirnya kedua-dua mamat ni (Pengerusi dan Timbalan
pengerusi SPR) ini mengaku mereka adalah ahli Umno. Patut lah selama ini mereka
liat sangat nak buat perubahan dalam SPR apabila didesak oleh pembangkang.
Walaupun
mengaku menjadi ahli Umno tapi mereka ini seolah-olah menafi yang jiwa mereka
adalah Umno, sampaikan tarikh bila menjadi
ahli Umno pun tak ingat!,.. menjadi ahli cawangan mana pun dah lupa. Alasan, !!
Apa-apa
pun fahamlah kita bahawa Pengerusi dan Timbalan pengerusi SPR ini adalah ahli
Umno kotai (lama),. Ia ibarat kelapa tua yang banyak santannya! Dan sebagai manusia maka banyaklah
pengalaman, banyaklah kerenah, banyaklah
tipu muslihat mereka semasa menerajui SPR,.. dan sebagai ahli Umno sudah tentu
apa yang SPR buat akan menguntungkan Umno dalam pilihanraya.
Itulah
sebabnya era pilihanraya sebelum 1998 dulu,
pembangkang susah nak menang,
sedangkan Umno,.. kalau mereka mencalunkan batang pisang pun mereka
boleh menang! Hari ini sah! confirm!, SPR
adalah UMNO, Umno adalah SPR!
Oleh
: rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan