Tak ada apa yang pelik sebenarnya berlaku di Parlimen semasa istiadat pertabalan DYMM SPB Yang Dipertuan Agong tempoh hari. Istiadat ini diadakan di Istana Negara, bukan Parlimen. Kalau di parlimen mungkinlah gelagat-gelagat buruk ahli parlimen boleh berlaku!. Tetapi bila insiden tidak sopan didakwa berlaku di Istana Negara, ia tak masuk akal !! mustahil sama sekali !!
Siapa pencetus isu ini?. Menurut laporan ia mula keluar dari mulut seorang yang bertitle dr. Siapa dr ini? dan apa peranan beliau untuk hadir di majlis pertabalan itu? Wallhhualam !
Siapa pula yang mendorong dr ini untuk mendakwa dan menuduh sekumpulan ahli parlimen pembangkang telah menghina atau memperlekeh YDP Agong semasa majlis sedang berjalan? Adakah si mamat ni diupah oleh Umno? atau mana pihak yang berkepentingan?
Kalau benar isu penghinaan ini ada berlaku, kenapa tidak ada pihak lain yang nampak? Bukankah berpuluh-puluh biji mata dan telinga lagi ada di majlis itu. Masakan semuanya pekak dan buta ! Kalau betul-betul ada berlaku, sila siasat, ketengahkan dan tunjuk bukti. Main tuduh-tuduh je siapa pun boleh buat, tetapi itu adalah perbuatan orang tak bertanggungjawab, bodoh dan berniat jahat!!
Kepada Utusan Meloya!, tak usahlah buat bising dan kecuh dengan mensensasikan lagi isu ini, nanti kena saman siapa yang susah! Terkini,.. sudah ada pun maklumat terbaru melaporkan,.. seorang daripada ahli parlimen PR yang hadir di majlis pertabalan tempoh hari akan membuat laporan polis dan mendakwa di mahkamah individu terbabit yang membuat cerita palsu itu. Sekarang si mamat yang bergelar dr ini tanggunglah sendiri,..padan muka !
Oleh : rahimothman
Aku rasa dr ni spesis pejuang melayu penang gak.
BalasPadam