Jumaat, 13 April 2012

Pembangkang hina Raja2 Melayu :Utusan kehabisan modal !!

Lihat -  Kejadian hina Raja2 Melayu benar-benar berlaku?   -  http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0414&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
 
Hari ini Utusan melaporkan – pemimpin pembangkang mempersenda dan mengejek Raja2 Melayu semasa majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-XIV, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara tempoh hari. Menurut mulut yang melapor kejadian ini benar-benar berlaku !  Menuduh tanpa bukti memang senang !

Memang Utusan dah benar-benar kehabisan modal. Kalau berita benar pun orang dah tak mahu baca,  apa lagi berita kerdil yang entah benar entah tidak  yang cuba mereka highlightkan,..Apa nak heran ! pilihanraya dah dekat, Demi untuk membantu UmnoBn, berita negatif tentang pembangkang perlu diperhebatkan!  Maka banyaklah berita yang sengaja dibuat-buat, direka atau ditokok tambah.
 
Bodoh atau bebal sangatkah pemimpin pembangkang hinggakan tak kenal adab sopan dan budaya. Sipembuat berita dan si penyampai berita/ utusan,… memang mengarut dan kelakar. Tak habis-habis mereka nak menipu dan memperbodohkan rakyat.  Rakyat Malaysia takkan percaya dengan berita-berita sampah dan selekeh begini! 

Dulu, kini dan selamanya gelagat pemimpin Umno tak kurang hebatnya! Sikap dan pendirian mereka terhadap Raja@ Melayu penuh kepura-puraan. Pernah beberapa kali mereka menghina  Raja Melayu secara terang-terangan !  Utusan tak komen pun , malah menyokong lagi ada.  Memang dasar utusan Lidah Bercabang,…! Teruskanlah sandiwara dan kerja-kerja mengampu kamu !!  Usaha kamu nak memanjangkan nyawa UmnoBn takkan berjaya! kerana Pakatan Pembangkang terus di hati rakyat !!

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan