Ahad, 8 April 2012

Pangku jawatan menteri: Najib atau Rosmah ambil peluang?

Agaknya memang tak ada langsung calun wanita dari UmnoBN untuk ambil alih jawatan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat yang dilepaskan oleh Dato’ Seri Shahrizat Jalil. Kasihan Umno !! tokoh-tokoh yang sedia ada sudahlah tak layak, tokoh baru pula lembik macam kangkung, langsung tak berkualiti !

Semua ini bukan salah siapa,  salah Umno juga, kerana mereka tak mahu orang bijak menjadi ahli, takut mereka mengatasi kepimpinan yang ada.  

Hasilnya,  inilah !!  Umno menjadi sebuah parti bengong dan ahli-ahlinya semua bengong. Mereka hanya mampu jadi kaki ampu, pak angguk  dan lurus bendul !!..

Situasi atau senario ini langsung tidak merisaukan Najib !  sebaliknya beliau dengan pantas mengambil peluang ini. Beliau cepat-cepat mengistiharkan dirinya sendiri sebagai pemangku kepada jawatan menteri yang dilepaskan oleh Shahrizat!. Begitulah bijaknya Najib!,.dan tak salah kalau kita kata Najib seorang yang gelojoh dan tamak !   Najib dah tentu boleh merembat elaun memangku dan dalam masa yang sama menggunakan peluang ini untuk mencari semula pengaruh yang semakin susut! 

Bagaimana dengan Rosmah Mansor isteri Najib? Tidak mustahil beliau juga memainkan peranan dalam menentukan setiap keputusan yang dibuat oleh Najib!!  Rosmah sudah tentu gembira ! Beliau pasti mahu mengambil kesempatan ini kerana ini merupakan peluang untuk beliau melebarkan sayap dan pengaruh,  peluang juga untuk beliau mengenengahkan idea-idea borosnya.  

Bukan setakat tu saja, bahkan peluang untuk beliau menjadi penasihat kepada menteri wanita (yang dipangku suaminya) tidak mustahil.  Silap-silap haribulan bukan saja jadi penasihat,  tetapi menjadi Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat sepenuhnya,  walaupun untuk jangkamasa yang tidak panjang !

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan